Buletin

VOLKSWAGEN CRAFTER EDISI KEMASKINI. SIAPA KATA VAN KOMERSIAL BEGINI TAK BOLEH PAKAI BENDA MODEN?

Volkswagen Crafter ini merupakan salah satu model cari makan buat pengeluar dari Jerman ini melalui segmen van komersial. Generasi pertamanya telah pun menemui pengguna pada tahun 2006. Ketika mula diperkenalkan, ianya merupakan model yang disalin daripada Mercedes-Benz Sprinter.

Ketika generasi kedua mula diperkenalkan pada tahun 2017, Volkswagen telah memutuskan untuk membina sendiri tanpa dikaitkan lagi dengan Sprinter. Dan ianya telah dipasang melalui fasiliti Kumpulan Volkswagen yang terletak di Września, Poland. Dan ianya terus menerima sambutan yang baik sehingga melebihi 300,000 unit telah terjual untuk generasi kedua ini sahaja, cukup untuk membuktikan bahawa Volkswagen Craft ini cukup popular dan penting.

Bagi memastikan kesinambungan Crafter ini kekal menjadi pilihan, Volkswagen memutuskan untuk memberikan facelift agar ianya kekal relevan dalam pasaran sebelum generasi terkini diperkenalkan ke pasaran lagi dua tiga tahun.

Secara asasnya, versi kemaskini Volkswagen Crafter ini dilihat tidak ada bezanya pada bahagian luaran. Pada bahagian hadapan masih lagi mempunyai gril hadapan tiga bar yang sama dan lampu besar segi empat sama seperti  rekaan Crafter sedia ada. Begitu juga dengan rekaan bahagian belakang yang masih lagi serupa.

Namun sekiranya melihatkan di bahagian kabin, barulah akan jelas kelihatan bahagian yang telah dinaiktaraf dan dikemaskini pada Volkswagen Craft ini. Kokpit bahagian kabin telah direka semula agar ianya kelihatan lebih segar dan menarik.

Sistem infohiburan baharu dengan fungsi digital telah digunakan seiring dengan peredaran masa skrin sesentuh bersaiz 10.3 inci yang didatangkan secara standard yang turut didatangkan dengan ciri modular infotainment matrix (MIB) Jika mahu yang lebih besar, skrin sesentuh bersaiz 12.9 inci juga boleh dipilih pengguna kelak.

Menariknya, walau pun hanya sekadar pandu van, tetapi sistem infohibura Crafter ini dilengkapi dengan arahan kawalan suara lengkap dengan ChatGPT. Bolehlah buat ajak sembang nak cari jalan pintas ke apa kan. Ciri canggih lain yang telah dikemaskini termasuklah brek parker secara elektronik bagi menggantikan tradisional tuas brek tangan.

Dengan menggunakan trenkuasa sedia ada enjin 2.0 liter TDI yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 140 hp – 177 hp (mengikut varian), ianya memadai untuk menggerakkan van yang besar ini tanpa masalah. Pilihan kotak gear manual / auto juga turut tersedia.

BACA : TORSUS TERRASTORM – BAS MINI 4X4 UNTUK GUNA LASAK!

BACA : VERSATILITI VOLKSWAGEN CRAFTER

Google ads

B K

Back to top button