
VOLKSWAGEN GOLF GTI EDITION 50 BERJAYA PECAH REKOD SENDIRI DI NURBURGRING. PALING LAJU NI!
Volkswagen GTI ini sememangnya sebuah model hatchback kompak yang cukup lagenda di serata dunia. Dan model yang cukup ikonik ini telah pun mencapai usia 50 tahun pengeluarannya ketika generasi pertama mula diperkenalkan pada tahun 1974 yang lalu.
Bagi menghargai peristiwa tersebut, Kumpulan Volkswagen telah pun menghasilkan sebuah model istimewa, Volkswagen Golf GTI Edition 50 dan ajaibnya model istimewa ini telah memecahkan rekod litar yang cukup popular di serata dunia. Nürburgring dengan catatan masa 07:46:13 minit dalam satu pusingan dan ianya merupakan rekod terpantas untuk mana – mana model jalanan keluaran Volkswagen sendiri.

Rekod tersebut telah dicatat oleh Benny Leuchter yang merupakan seorang pemandu lumba berasal dari Jerman dan juga pemandu lumba untuk jenama Volkswagen sendiri. Sesi tersebut merupakan pemanas badan untuk model Volkswagen Golf GTi Edition 50 sebelum ianya ditayangkan secara perdana ketika perlumbaan 24 jam di litar Nürburgring pada 20 Jun 2025 ini.
Sebagai catatan, Benny Leuchter adalah individu yang cukup penting buat jabatan pembangunan model Volkswagen dan beliau telah memandu uji dan membantu menala model baharu jenama tersebut selama bertahun – tahun mengungkapkan bahawa model Golf GTI Edition 50 ini berjaya memberikan definasi sebenar sebuah model GTI hasil kombinasi gabungan kuasa pemanduan yang unggul dan chasis yang sangat tepat dengan pemanduan roda depan – lebih berkesan dari sebelumnya.

Malah Benny Leuchter turut menyatakan kekagumannya terhadap model jalanan yang cukup istimewa ini untuk memecut laju di atas trek Nordschleife sekali gus memecahkan rekod memandangkan spesifikasi yang serupa juga akan ditawarkan untuk jualan kepada pembeli.
Dilengkapi pakej prestasi meliputi casis prestasi serta tayar semi-slick Potenza Race bersaiz 19 inci daripada Bridgestone yang dibangunkan khusus untuk model ini serta padanan roda aloi forged yang cukup ringan ternyata membantu kereta ini memecut laju tanpa masalah di atas litar.
BACA : “INI MONSTER!” – VW UMUM GOLF GTI ELEKTRIK BAKAL LETUPKAN PASARAN!
BACA : PASUKAN POLIS INI TERIMA 50 UNIT GOLF GTI – MANTAP BETUL

