Buletin

VOLKSWAGEN LANCAR OUTLET BARU DI SG BESI

Selepas tiga bulan memastikan operasi berjalan lancar –  Wearnes Automotive hari ini menganjurkan majlis pelancaran dan penghargaan buat para pelanggan serta rakan media di outlet baharunya, Volkswagen Sg Besi.

Pusat sehenti yang lengkap ini mampu memenuhi segala keperluan para pemilik kenderaan Volkswagen – dari segi aspek selepas jualan, servis, penyelenggaraan, alat ganti, badan dan cat, penjajaran, tayar serta servis pendingin hawa.

BACA : VW GOLF R 2017 – 310PS!

BACA: VW LANJUTKAN JAMINAN KOTAK GEAR DSG

Sebanyak RM6 juta telah dilaburkan pada lokasi baru ini. Volkswagen Sg Besi kini mempunyai keluasan lebih 75,181 kaki persegi yang melibatkan dua tingkat. Ia terdiri daripada ruang pameran yang boleh menempatkan sehingga sembilan buah kenderaan, selain pelbagai kemudahan selepas jualan.

Terdapat 34 ruang penyelenggaraa yang dikendalikan oleh 34 orang juruteknik bertauliah dan berpengalaman bagi memenuhi apa jua keperluan pelanggan. Tidak ketinggalan, naik taraf juga telah dilakukan ke atas peralatan dan kelengkapan selepas jualan.

Demi kemudahan pelanggan, ruang parkir bertutup telah ditambah. Ruang menunggu moden yang lengkap dengan TV kabel dan Wi-Fi turut disediakan.

Waktu operasi Volkswagen Sg Besi: –

Bilik Pameran

Isnin – Jumaat: 9am – 7pm

Sabtu: 9am – 6pm

Ahad & Cuti Umum: 10am – 5pm

Servis & Selepas Jualan

Isnin – Jumaat: 8am – 8pm

Sabtu: 8:30am – 5pm

Ahad & Cuti Umum: Tutup

Badan & Cat

Isnin – Jumaat: 8:30am – 6pm

Sabtu: 8:30am – 5pm

Ahad & Cuti Umum: Tutup

Google ads
Back to top button