Buletin

VOLKSWAGEN T-CROSS

Volkswagen sudah mendedahkan imej SUV konsep T-Cross yang bakal melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2016.

volkswagen-t-cross-mekanika (2)

Model konsep dari pengeluar kenderaan Jerman itu berasaskan daripada Polo. Kehadiran T-Cross akan menyertai jentera T-Roc yang berasaskan Golf.

Menggunakan platform MQB Volkswagen, difahamkan T-Cross akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol, diesel dan plug in petrol-elektrik hibrid. Ia kemudian menggunakan pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda.

Berdasarkan imej teaser berkenaan, model konsep itu mengaplikasi elemen LED pada lampu hadapan dan lampu nyalaan siang LED berbentuk segi empat besar mengelilingi lampu kabus.

Volkswagen menyatakan jentera konsep itu akan menghidupkan segmen asas SUV Volkswagen yang mampu milik dan trendy.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button