VOLKSWAGEN ON TOUR
Volkswagen Malaysia memulakan pameran sulung jenamanya ke seluruh negara yang dikenali sebagai Volkswagen On Tour ke 13 lokasi di seluruh negara mulai hujung minggu lalu hingga Mac 2014.
Bermula di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Volkswagen On Tour menawarkan pengalaman jenama yang eksklusif untuk para peminat dunia pemotoran dan ahli keluarga mereka secara percuma.
Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Dr. Zeno Kerschbaumer menyatakan Volkswagen On Tour menjadi satu lagi inisiatif berterusan untuk memperkenalkan model-model Volkswagen yang dipasang tempatan, selain mengukuhkan lagi kehadiran jenamanya di seluruh negara.
Sepanjang siri jelajah yang berlangsung selama 13 minggu itu, para pengunjung boleh melihat secara dekat pelbagai model Volkswagen yang dipamerkan. Misalnya, Polo Sedan 2014 yang baru dilancarkan, Golf (World Car of The Year) atau Beetle yang ikonik. Mereka juga boleh memandu uji model Volkswagen kegemaran masing-masing.
‘Think Blue’ pula adalah salah satu tema yang boleh diketahui secara lebih lanjut oleh orang ramai berkaitan penjimatan bahan api dan pengurangan emisi karbon demi masa depan yang mapan.
Siri jelajah Volkswagen On Tour menjanjikan para pengunjung dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana mereka boleh mengetahui aspek-aspek lain jenama Volkswagen melalui paparan-paparan interaktif dan pelbagai aktiviti menyeronokkan.
Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan foto Volkswagen On Tour. Mereka perlu merakam gambar sendiri dengan sekeping susun suai gambar yang telah lengkap dan boleh diperoleh di sana.
Peserta kemudian perlu menghantar fotor terbabit dengan hashtag #VolkswagenOnTour sama ada ke Instagram, mengikuti akaun @VolkswagenOnTour atau di laman Facebook dan tag Facebook Volkswagen Malaysia untuk peluang memenangi satu daripada sembilan hadiah pandu uji selama dua minggu dengan mana-mana model Volkswagen kegemaran mereka. Enam lokasi pertama siri jelajah ‘Volkswagen On Tour’ adalah seperti berikut: –
Hentian | Tarikh | Negeri | Venue |
1 | 13 – 15 Dis 2013 | Pulau Pinang | Parkir kereta luar Queensbay Mall |
2 | 20 – 22 Dis 2013 | Perak | UO Angsana |
3 | 27 -29 Dis 2013 | Pulau Pinang | Parkir kereta Sunway Hotel |
4 | 03 -05 Jan 2014 | Selangor | Aeon Bukit Tinggi |
5 | 10-12 Jan 2014 | Negeri Sembilan | Port Dickson TF Value Mart |
6 | 17 – 19 Jan 2014 | Melaka | Parkir kereta luar Mydin MITC |
Maklumat lanjut mengenai Volkswagen On Tour, sila layari laman web: www.volkswagenontour.com.my