Peranti

HTC ONE MAX

Pendahulu inovasi dan rekaan telefon bimbit di peringkat global, HTC mengumumkan keluaran baharu mereka yang digelar HTC One max. Telefon pintar bersaiz besar itu mengadaptasi rekaan terbaik dari segi kefungsian dan prestasi HTC One yang amat digemari pengikut jenama ini.

Welcome Speech by SK Wong

Imbasan cap jari adalah antara keistimewaan HTC One max. Ia turut mengekalkan ciri sedia ada pada HTC one yang merangkumi HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ selain digabungkan bersama HTC Sense 5.5 baharu yang meningkatkan prestasi keseluruhan telefon pintar ini secara berterusan.

“Penambahan HTC One max dalam rangkaian produk kami secara tidak langsung memberi peluang kepada setiap individu memiliki telefon pintar HTC One. Ia dicipta berdasarkan kualiti serta inovasi baharu dan HTC One max tidak terkecuali.

Product Sharing by Wayne Tang

“Penambahbaikan pada HTC Sense 5.5 akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada pengguna. Dengan HTC One max, anda boleh melakukan apa sahaja tanpa kompromi,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou.

Paparan skrin 5.9 inci berdefinisi tinggi (HD) penuh 1080p pada HTC One max menjadikannya telefon pintar sempurna untuk melihat foto, video dan filem tanpa sekatan lokasi.

Prestasi efisien dan lancar ditawarkan oleh pemprosesan quad-core Qualcomm® Snapdragon™ 600 yang menampilkan quad-core 1.7 Gigahertz (GHz) CPU, sekali gus menjadikannya peranti yang mengagumkan, lengkap dengan video ultra terang dan sistem bunyi yang jelas.

Sama ada anda menonton video pada skrin HD, bermain permainan video atau melayari laman web, bunyi, ketajaman paparan dan fungsi optimum HTC One max akan memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna.

htc-one-max-en-f01-01

Memori dalaman 16 atau 32 Gigabait (GB) juga boleh ditambah menerusi slot kad microSD™. Tidak cukup? Bagaimana dengan tambahan percuma 50GB simpanan dalam talian Google Drive yang ditawarkan eksklusif buat pemilik HTC One max?

Bateri binaan dalaman (embedded) 3,300 ampere-jam (mAh) pada HTC One max menunjukkan tingkat prestasinya yang mampu bertahan lebih lama. Pengguna intensif sendiri akan berpendapat bahawa HTC One max adalah telefon pintar yang berjaya mengatasi cabaran teknologi.

One Max_Family_4G

Nilai tersebut didorong oleh HTC Power Flip Case iaitu tambahan bergaya 1,200mAh bateri untuk HTC One max yang menawarkan perlindungan dan kuasa tambahan pada waktu kritikal.

Memandangkan majoriti individu menggunakan telefon bimbit secara kerap dalam sehari, HTC One max cuba membawa pengguna mereka ke era baharu yang lebih mudah dan maju dari segi fungsi.

One Max_Silver_Front

Maka terciptalah ciri pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang peranti ini. Keistimewaan ini membolehkan pemilik HTC One max membuka, mengakses dan mengunci telefon mereka secara selamat. Ia juga mampu melancarkan sehingga tiga aplikasi utama pengguna dengan hanya meletakkan jari pada aplikasi terpilih.

Penaiktarafan HTC One max Sense 5.5 dapat dilihat pada cirinya yang lebih sosial. HTC BlinkFeed rekaannya bersifat peribadi dan boleh diasingkan mengikut kategori terperinci serta dilengkapi integrasi baharu dengan pembekal kandungan premium baharu termasuk Instagram dan Google+.

One Max_Black_3V

Hampir 120 artikel boleh dimuat turun untuk bacaan luar talian, sekali gus mengoptimumkan fungsi BlinkFeed bagi mendapatkan informasi di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Memperkenalkan teknologi kamera HTC UltraPixel, mod HTC Zoe mampu menghidupkan gambar. Dengan kamera hadapan 2.1 megapiksel (MP), HTC One max amat efisien dalam merakam foto-foto indah dan video-video HD penuh 1080p.

htc-one-max-en-f04-01

Kebolehan rakaman dual pada telefon pintar ini membolehkan pengguna merakam momen bermakna dalam sekeping gambar atau video menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak.

Penambahbaikan dari sudut pengimejan pula memperkenalkan ciri sorotan video yang bertujuan menggabungkan foto dan video bagi menghasilkan filem pendek. Lengkap bersama runut bunyi dan tema visual pilihan masing-masing. Dengan HTC One max juga, sorotan video boleh dihasilkan tanpa had durasi.

Kini, HTC One max boleh diperoleh dalam rona perak glasier. Menjelang hujung Disember ini, pilihan akan ditambah menerusi warna hitam legap (stealth). Ia boleh didapati di semua cawangan HTC dan pengedar sah terpilih di seluruh negara pada harga RM2,499.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button