Buletin

VOLVO BUKA PUSAT 3S BAHARU DI KOTA KINABALU, SABAH

Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan pusat 3S baharu di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebangga Mitsinbo Sdn. Bhd. kini bergabung dengan rangkaian 13 pengedar Volvo Car Malaysia di seluruh negara dalam memberikan pengalaman yang premium, selamat dan holistik kepada rakyat Sabah.

Dengan pembukaan pusat seluas 5,432 kaki persegi itu, Volvo Car Malaysia kini mempunyai 14 pengedar di seluruh negara.

Sebangga Mitsinbo dilantik sebagai rakan niaga pengedar Volvo Car Malaysia pada Oktober 2019, menjadikan mereka satu-satunya pengedar kereta Volvo yang sah di Sabah.

Melalui lantikan tersebut, Volvo Car Malaysia terus melangkah ke depan untuk memenuhi permintaan di Sabah.

Diilhamkan oleh idea dan warisan jenama Skandinavia, Pusat 3S Sebangga Mitsinbo dibina dengan mematuhi standard jualan Volvo Car – Volvo Retail Experience (VRE).

Ruang terbuka dan perabot minimalis adalah sebahagian daripada nuansa reka bentuk Volvo untuk memberikan pengalaman mewah kontemporari.

Ruang dua tingkat itu mempunyai bilik pameran di tingkat bawah, pusat servis, koleksi Volvo Car Lifestyle dan pameran aksesori. Sebangga Mitsinbo akan menampilkan barisan model terbaharu Volvo termasuklah XC40, XC60, XC90, S60 dan S90.

Sebangga Mitsinbo berada di Lot 923, Jalan Tuaran, Taman Sinar 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, sila lawati www.volvocars.com/my/find-a-dealer atau hubungi +608 830-9888.

Google ads
"
"
Back to top button