Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA CATAT JUALAN PALING TINGGI PADA 2020 DENGAN 1,950 UNIT

Volvo Car Malaysia (VCM) baru-baru ini mengumumkan keputusan prestasi dan jualan yang kukuh pada tahun 2020, meskipun berdepan dengan wabak COVID-19. Ini memberi petunjuk kepada pertumbuhan lebih baik pada tahun akan datang.

VCM menyaksikan penurunan jualan sebanyak 56.1 peratus pada separuh pertama 2020. Namun, jualan kembali pulih pada separuh kedua, sekali gus menutup tahun 2020 dengan jualan keseluruhan 1,950 unit, naik 3.6 peratus berbanding 1,883 unit padatahun sebelumnya.

Ini merupakan mencatatkan rekod jualan tertinggi sejak VCM ditubuhkan.

“Usaha kolektif pengedar dan kakitangan VCM, selain pelepasan cukai jualan oleh kerajaan membolehkan kami mengakhiri tahun yang mencabar ini dengan kukuh.

“Melihat kepada keputusan jualan tahun lalu, kami mahu menawarkan lebih banyak kereta premium, selamat dan lestari kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain.

Dalam tempoh pengecualian cukai jualan, VCM berjaya mencatat pemulihan jualan dan merekodkan jualan kedua tertinggi tahunan pada Julai.

Pretasi jualan itu memberi petunjuk bahawa permintaan terhadap kenderaan mewah kekal tinggi ketika pasaran kenderaan mulai normal dan negara menuju ke arah pemulihan.

VCM memperkenalkan Sistem Tempahan Dalam Talian kepada pelanggan dan melaksanakan Digital Silent Salesman (DSS) 2.0. DSS ialah platform yang memaparkan semua maklumat diperlukan secara digital di seluruh bilik pameran Volvo di Malaysia.

Google ads
Back to top button