
FERRARI 812 SUPERFAST PEMAIN KEBANGSAAN ITALI REMUK ‘DIKERJAKAN’ PENCUCI KERETA
Pemain kebangsaan Itali, Federico Marchetti bengang apabila jentera supercar bernilai £300,000 (RM1.6 juta) remuk ‘dikerjakan’ pencuci kereta.
Penjaga gawang pasukan Genoa itu mengambil keputusan untuk membersihkan jentera baharu terbabit ketika dia menjalani latihan bersama kelab Serie A itu pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, pekerja mencuci kereta tersebut tidak dapat mengendalikan kuasa dimiliki Ferrari 812 Superfast berwarna merah berkenaan yang mencecah kuasa maksimum sehingga 340 km/j.
Jentera itu rosak teruk di bahagian hadapan apabila pekerja itu merempuh penghadang keselamatan malah melanggar lima buah kenderaan yang sedang parkir di kawasan kejadian.

Rakaman gambar menunjukkan keadaan jentera yang rosak teruk ketika pihak polis mengambil keterangan pekerja terbabit.
Bahkan, dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bekas penjaga gol Torino dan Lazio itu masih menunjukkan sifat kemaafan di dalam hantaran Instagram.

Dia menulis “ Saya memohon maaf di atas kejadian yang berlaku”
“Mujur tiada orang yang mengalami kecederaan, itu perkara paling penting”
“Saya membaca banyak perkara buruk berkenaan kejadian. Biarkan sahaja ia berlalu, saya berharap tidak perlu membacanya lagi.”
Marchetti telah mewakili pasukan kebangsaan Itali sebanyak 11 kali dan bermain pada Piala Dunia. –the sun