
VOLVO EX30 CROSS COUNTRY – BOLEHLAH KOT BUAT RASA – RASA UNTUK TEMPUH LALUAN BERLIKU YANG RINGAN
Sebelum ini Volvo telah menghasilkan sebuah SUV elektrik kecil EX30. Akan tetapi apabila Volvo telah mengenakan beberapa kemasan, maka terhasillah model Volvo EX30 Cross Country sebuah model off-road yang kelihatan sedikit rugged dan bergaya.
Model Volvo EX30 Cross Country yang rugged ini dengan penampilan gaya off-road ini telah didedahkan di pusat peralatan outdoor jenama Fjällräven di kabin musim sejuk terpencil yang terletak di utara Sweden direka untuk mereka yang mahukan pengalaman hebat daripada SUV kecil elektrik sepenuhnya.

Ia mengambil resipi penghasilan daripada model EX30 yang berjaya dan telah menambah bahan – bahan lasak, menjadikannya lebih sempurna untuk semakin ramai orang yang ingin meneroka di luar bandar mereka yang sesak dan padat sama ada kondisi hujan, hari yang cerah atau pun diliputi ais dan salji.
Perubahan yang mungkin sedikit jelas dari segi penampilan adalah penggunaan kemasan berwarna hitam pada bahagian bampar berbanding warna badan untuk varian standard. Barulah nampak sedikit rugged.

Perubahan yang mungkin lagi ketara apabila ruang lega bumi yang telah dinaikkan sebanyak 19 mm hasil daripada ketinggian casis 9 mm dan penggunaan tayar yang tebal 9 mm untuk menjelmakannya sebagai model Cross Country.
Sebagai SUV kecil, Volvo EX30 Cross Country sesuai untuk bandar. Model elektrik sepenuhnya, dengan jarak pemanduan sehingga 427km dengan boleh dicas dari 10 ke 80 peratus dalam masa 26 minit sahaja. Trenkuasa asal menggunakan dwi motor dengan kuasa sekitar 422 HP dan 543 Nm adalah angka yang serupa dengan varian standard Volvo EX30 ini.

Tetapi ia juga mempunyai beberapa ciri tambahan yang membolehkan ianya bertukar sifat untuk menjadi sebuah model yang sedikit lasak dan rugged.
Barangkali agak mudah untuk kita meneka akan segmen pasaran untuk jualan bagi Volvo EX30 Cross Country ini. Kalau jual sahaja di negara asal Sweden yang pastinya cukup afdal dengan permukaan bersalji sebegini apatah lagi sekiranya dijual di negara serantau Scandinavian dengan permukaan yang sekan serupa.
BACA : VOLVO EX30, SUV VOLVO PALING KECIL DAN TANGKAS, 0-100 KM/J DALAM 3.6 SAAT!