Motosikal

AVETA BAKAL PERKENAL NOVA 160 DAN NOVA 125 TIDAK LAMA LAGI

Selepas kejayaan pelancaran Vanguard 250 SE untuk pasaran tempatan baru-baru ini, AVETA bakal memperkembang portfolio dengan pelancaran dua model baharu tidak lama lagi.

AVETA bakal memeriahkan segmen skuter bawah 160cc dengan dua model baharu, Nova 160 dan Nova 125. Menurut AVETA, kedua-dua motosikal ini sedang menjalani ujian ketahanan dan akan selesai dalam masa terdekat. 

Berbeza dengan Vanguard 250 SE yang merupakan skuter maxi dengan keupayaan kembara, Nova 160 dan Nova 125 pula merupakan skuter untuk tunggangan dalam bandar. 

Meskipun maklumat terperinci tidak didedahkan namun Nova 160 dipacu enjin dengan sistem penyejukan cecair. Pada masa sama, skuter ini juga hadir dengan sistem tanpa kunci (keyless), paparan digital LCD, lampu LED penuh dan tangki bahan api berkapasiti 8-liter. 

Sementara itu, Nova 125 pula lebih ringan, praktikal dan ideal untuk pelajar dan penunggang motosikal wanita yang mahukan sesuatu yang mudah untuk ditunggang. Storan berkapasiti 13.2L juga sesuai untuk membawa barangan keperluan sementara port USB menambahkan ciri praktikal.

Menurut AVETA, kedua-dua model ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Google ads
"
"
Back to top button