Buletin

VOLVO XC90 EDISI PERTAMA HABIS DIJUAL

Edisi Pertama Volvo XC90 sebanyak 1,927 unit yang dijual melalui dalam talian berjaya dijual dalam tempoh cuma 47 jam.

Volvo-XC90-First-Edition-mekanika (3)

Jualan itu mula dibuka pada jam 4.00 petang, Rabu minggu lalu. Kebanyakan SUV tersebut sudahpun ditempah sejam lebih awal sebelum jualan bermula. Pada waktu puncaknya, sebanyak tujuh unit XC90 dijual dalam masa seminit!

“Kami berbesar hati, tetapi tidaklah terlalu terkejut. Minat mendalam yang ditunjukkan ke atas XC90 cukup memberangsangkan sejak ia didedahkan kepada umum pada minggu lalu.

Volvo-XC90-First-Edition-mekanika (1)

“Maklum balas yang pantas daripada pembeli mengukuhkan lagi bahawa XC90 ialah sebuah model ikonik. Ia akan menjadi model koleksi pada masa depan,” kata Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan Volvo Car Group, Alain Visser.

Model Edisi Pertama ini meraikan tahun Volvo diasaskan. Buat pertama kali dalam sejarahnya, SUV tersebut hanya dijual menerusi laman web www.volvocars.com. Para pembeli model ini akan menerima sebuah jentera yang padat dengan ciri-ciri, selain diberi plat nombor dan lencana khas pada bahagian belakangnya.

Volvo-XC90-First-Edition-mekanika (5)

XC90 dikuasakan oleh enjin empat silinder petrol atau diesel berkuasa tinggi daripada keluarga enjin Volvo yang baru, Drive-E. Enjin turbo dan supercharged T6 AWD mempunyai kuasa mencecah 320hp. Sementara enjin diesel turbo berkembar D5 pula berkuasa 225hp. Ia kemudian dipadankan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan.

Bahagian luaran yang berwarna hitam itu nya diserlahkan menerusi penggunaan rim lapan jejari bersaiz 21 inci. Manakala ruang kokpit dimonopoli oleh tona hitam. Tempat duduknya dibalut kulit Amber bersama kemasan kayu walnut.

Volvo-XC90-First-Edition-mekanika (7)

Ruang konsol tengah dihuni oleh satu skrin sentuh yang kelihatan seperti sebuah tablet yang menempatkan ‘butang’ kawalan audio, pendingin hawa dan beberapa tetapan lain. Peminat muzik pula pasti menghargai sistem audio Bowers & Wilkins yang terdiri daripada 19 unit pembesar suara dan perisian pemperosesan bunyi terkini.

Sebagai sebuah Volvo, pastinya XC90 sarat dengan sistem keselamatan tercanggih yang menjadi ciri standard.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button