Buletin

VW JETTA COMFORTLINE – KADAR FAEDAH SERENDAH 0.88% UNTUK 5 TAHUN

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengumumkan tawaran kadar faedah serendah 0.88 peratus untuk pembelian Jetta Comfortline. 

Jetta mmenjadi model terbaharu menyertai Vento 1.6l dan Passat 1.8l yang ditawarkan dengan kadar faedah rendah serta menerima maklum balas positif daripada pengguna. 

Promosi itu bermula sekarang hingga 31 Disember 2017. Tawaran kadar faedah rendah iaitu 0.28 serta 0.88 peratus untuk varian Vento dan Passat juga telah dilanjutkan ke tarikh yang sama. 

Kadar tersebut boleh dinikmati untuk pinjaman bermula lima hingga sembilan tahun. Untuk menjadikan pembelian lebih menarik, Jetta Comfortline turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 75,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Kadar faedah untuk Jetta Comfortline adalah seperti berikut: 

Model  5 tahun 7 tahun 9 tahun
Jetta Comfortline  0.88% 1.28% 1.68%

Jetta menggunakan enjin 1.4 liter turbo yang dipadankan bersama kotak gear DSG tujuh kelajuan yang telah ditambah baik. Walaupun menjadi sedan paling berkuasa dalam kelasnya (150PS dan tork 250Nm), ia tetap mampu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 5.0l/100km. 

Jetta Comfortline ditawarkan pada RM117,990 dan hadir bersama penjimatan tambahan sebanyak RM10,000.  

Untuk maklumat lanjut atau ingin memandu uji Jetta Comfortline, sila kunjungi bilik pameran Volkswagen terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button