Buletin

HAVAL H2 CKD – RIM & WARNA BAHARU, HARGA BERMULA RM98,950

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pengedar rasmi kenderaan jenama Haval di Malaysia, Go Auto melancarkan model Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD). 

SUV tersebut hadir dengan beberapa pembaharuan seperti rekaan rim dan tambahan warna baharu, iaitu Haval Blue bersama pilihan warna sedia ada, Haval Red. Anda boleh memiliki Haval H2 pada harga bermula RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM 101,950 (Premium Auto), termasuk insurans dan cukai jalan.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil memberitahu, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 2,100 unit Haval H2 CKD sehingga 2018.

Haval H2 CKD kini sudah berada di 14 bilik pameran pengedar Haval seluruh negara. Jentera itu ada dalam senarai model-model Haval yang akan dieksport ke Batam, Indonesia dan Kemboja.

SUV itu masih mengekalkan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menjana kuasa 147hp dan tork 210Nm pada 2,200rpm-4,500rpm.

Dari segi luaran, Haval H2 CKD dipadankan dengan lampu halogen bersama lampu LED nyalaan siang. Gril dengan kemasan krom membuatkannya lebih agresif. 

Semua ciri lain Haval H2 CKD adalah sama dengan versi CBU. Misalnya butang penghidup enjin, sistem kemasukan tanpa kunci, panel meter multi fungsi dan butang kawalan pada stereng. 

Ia juga hadir dengan penman udara dua zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan dan bumbung suria boleh laras.

Ciri keselamatan pula mengetengahkan 6 beg udara yang disepadukan bersama sensor dan kamera undur. Di samping sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan penyandar kepala aktif untuk meminimumkan kecederaan tulang belakang.  

Haval H2 CKD mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran yang dilakukan oleh badan keselamatan China, C-NCAP.

BACA: CHE TA TERIMA HAVAL H2

Go Auto turut memperkenalkan pakej Jaminan Beli Balik. Ini bermakna, HAVAL akan membeli semula pada harga 50 peratus daripada harga jualan jika pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun. 

Tags
Google ads
Back to top button
Close