
VW ON TOUR KEMBALI LAGI!
Bagi meneruskan komitmennya untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, Volkswagen Group Malaysia membawakan pengalaman komprehensif Volkswagen ke beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia melalui siri jelajah Volkswagen On Tour.
Siri jelajah itu telah dimulakan di pusat beli-belah One Utama. Di sana, pengunjung berpeluang melihat secara dekat model-model terbaharu Volkswagen seperti Golf R, Tiguan, Passat dan Jetta. Di samping model Passat CC, Polo Sedan dan Polo 1.6.
Acara itu turut disertakan dengan pelbagai aktiviti yang menonjolkan aspek utama Volkswagen iaitu teknologi TSI dan DSG. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pandu uji dan pertandingan pelumbaan interaktif yang menawarkan banyak hadiah menarik.
Bukan itu sahaja, pengunjung boleh pergi ke bahagian Volkswagen Fotobox untuk melihat sejarah Volkswagen. Ada juga demonstrasi untuk mengetahui kepentingan dan teknologi tempat duduk keselamatan kanak-kanak.
Menerusi kempen “Safe and Stylish Balik Kampung” Volkswagen yang berlangsung hingga 10 Julai depan, anda berpeluang memenangi sebuah Polo Sedan. Untuk mengambil bahagian dalam kempen Volkswagen On Tour, jangan lepaskan peluang pergi ke lokasi-lokasi berikut:
| No | Tarikh | Negeri | Lokasi |
| 1 | 18 – 22 Jun | Selangor | One Utama, LG Concourse |
| 2 | 26 – 29 Jun | Selangor | Setia Alam Mall, Main Concourse |
| 3 | 18 – 20 Julai | Selangor | Paradigm Mall, Walkway, Level G |
| 4 | 8 – 10 Ogos | Selangor | Tropicana City Mall |
| 5 | 15 – 17 Ogos | Johor Bahru | KSL City Mall |
| 6 | 21 – 24 Ogos | Penang | Gurney Plaza |
| 7 | 28 – 31 Ogos | Selangor | The Curve, Main Concourse |
| 8 | 9 – 14 September | Wilayah Persekutuan | Aeon, Kepong |
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my










