Modifikasi

RAMAI ORANG INGAT INI JAZZ – TAPI SEBENARNYA HONDA CIVIC EP3 TYPE-R

Kereta ini tak popular langsung. Saya rasa kesilapan pemasaran di Jepun adalah puncanya. Honda sepatutnya mengikut tradisi Civic, jangan bahagikan pasaran. Apabila ada terlalu banyak pilihan pada sebuah kereta yang ditenggelamkan oleh Integra DC5, EP3 jatuh ke tangga bawah. 

Baik di pameran, trek lumba dan kelab kereta EP3 paling tidak menyerlah. Civic FN2 Euro 3 segi pun tak sedih macam ini nasibnya.

Realiti sebenar, kereta ini memang kelangsungan lagenda Civic Type-R. Apabila  diperkenalkan pada 1999 menggantikan EK9, EP3 adalah versi pertama K20R, bertransmisi manual enam kelajuan, berkuasa 200hp

BACA: CIVIC TYPE R 2017 TERPANTAS DI NURBURGRING

BACA: CIVIC FD TYPE-R JADI-JADIAN

Bersama dengan DC5, dua kereta diperkenalkan serentak, satu  hatchback dan satu lagi coupe. Harga pula dekat-dekat sama. Grey importer apa lagi berbondong-bondong mereka import masuk Integra. Nisbah DC5 dengan EP3 100:1 agaknya.

Ini menjadikan EP3 sebagai makhluk yang sangat rare. Dalam setahun mungkin anda boleh jumpa tak sampai 10 kali kereta ini. Kalau nak beli, tidak ramai yang sanggup bayar sebab harganya tidaklah murah mana.

Pinjaman di bank pun bagi ikut tahun. Tahun yang ada dalam buku bank semuanya tulis Civic saja. Tak ada pun Civic EP3. Jadi kena ikut pasaran Civic 2.0 RS dulu. Saya tau sebab pernah pernah tanya beberapa tahun lepas.

Bentuknya pula saling tak tumpah macam Honda Jazz. Maka tak hairanlah kalau makwe-makwe di luar sana ingat kereta ini Jazz dua pintu. Gila kesal kalau dengar. Pada hal bayar kereta dua kali ganda harga GD. Hendak beli pun punyalah susah cari bertahun baru jumpa.

Pemilik kereta ialah seorang cikgu dari Kelantan. Waktu kereta ini dirakam gambarnya,  Cikgu Zikri baru berapa hari membeli kereta ini. Tak sempat nak buat apa dan sebenarnya dia memang tak nak buat banyak modifikasi pun.

Enjin K20A dalam keadaan asal. Dipasang dengan spark plug Iridium dan ECU Hondata K Pro. Ekzosnya yang tak nampak sebab manifold K di belakang ialah manifold Toda yang dipasang lengkap dengan set ekzos J’S Racing 70RR. Pelapik klac kereta pemilik lama dah pasangkan dengan Ogura Single Plate.

Pengubahsuaian yang dibuat oleh Cikgu Zikri lebih pada pengendalian. Set suspensi asal digantikan dengan jenis TEIN Super Street boleh laras dan pad brek Project U. Benda kritikal pada Civic iaitu rim telah digantikan dengan CE28N 17 inci dengan tayar RE11 bersaiz 225/45/17. Sebenarnya, Civic tak boleh lari dengan TE37 atau CE28N. Masuk rim lain terus nampak pelik kan?

Badan kereta dalam keadaan asal EP3. Di Jepun tak banyak tuner yang buat bodykit untuk kereta ini. Kalau ada sekalipun, tak boleh blah rupa dia. Baik biar standard sahaja. Warna putih champion itu eksklusif untuk model R.

Masuk ke bahagian dalamannya, beginilah rupa papan pemuka EP3. Saya percaya ramai yang tak pernah tengok rupa papan pemuka kereta ni. Ia tak sama langsung dengan Integra, lebih kepada asas kereta ini dibuat iaiatu Stream. Gearnya di bahagian kolum atas yang agak kekok juga kalau kali pertama pandu sebab kereta ini bertransmisi manual.

Benda asing yang dipasang Rev/Speed meter Pivot yang kecik dan simple. Sementara pemain audionya ialah Kenwood single DIN.

Baiklah. Jauh di sudut hati, saya sebenarnya kagum dengan cara Honda pada masa dulu buat kereta dan menjadikan mereka sebagai pemain N/A yang serius. Enjin K20A walaupun sudah tamat perkhidmatannya, ia masih lagi mesin yang popular. Sama popular dengan enjin S2000 di Amerika Syarikat.

Enjin ini telah merubah industri kereta sports kepada terma baru N/A yang popular dan melahirkan beratus-ratus syarikat yang membangunkan produk prestasi tinggi untuknya.

Kalau anda wang tunai yang banyak, nak merasa VTEC yang rare, cari sebuah EP3 dan simpan sampai mati. Tak laju tak apa. Bangun pagi, cuci kereta, lap rim dan tengok enjin puas-puas.

What a beautiful life!!!

GALERI 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button