Buletin

JANGAN BELI MERC DARIPADA GREY IMPORTER

Orang ramai yang membeli kenderaan Mercedes-Benz daripada grey importer dinasihatkan supaya meneliti jaminan yang diberikan oleh penjual. 

Mercedes-Benz S 400 HYBRID (W 222) 2013

Sebabnya, pengedar rasmi kenderaan jenama Mercedes-Benz di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia) baru-baru ini telah mengedarkan satu surat pekeliling kepada semua pengedar sah dan pusat servisnya mengenai aspek jaminan terhadap masalah yang timbul akibat kualiti bahan api pada kenderaan yang dijual oleh grey importer.

Surat pekeliling itu menjelaskan bahawa apa-apa jua kerosakan yang dialami oleh kenderaan yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan pihak Daimler AG kerana ia tidak bersedia untuk menerima kualiti bahan api di Malaysia.

mercedes-benz-mekanika (5)

“Kualiti bahn api di Malaysia tidak menepati syarat operasi kenderaan yang dihasilkan di negara lain. Justeru, kenderaan import yang tidak mengadaptasi kualiti bahan api tempatan mungkin mengalami masalah.

“Hanya kenderaan yang dibeli daripada pengedar sah Mercedes-Benz sahaja bersedia untuk kondisi bahan api tempatan. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengingatkan para pembeli mengenai risiko jika membeli kereta Mercedes-Benz daripada pengedar yang tidak sah,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger.

SONY DSC

Sejak tahun 2004, Mercedes-Benz Malaysia telah melabur sebanyak RM250 juta ke atas kilang pemasangannya di Pekan, Pahang dengan RM100 juta lagi bakal dilaburkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kilang tersebut bertanggungjawab memasang Mercedes-Benz S-Class, Mercedes-Benz S-Class Hybrid, model E-Class, C-Class dan kenderaan komersial Mitsubishi FUSO.

Maklumat lanjut mengenai pengedar sah, bilik pameran dan pusat servis Mercedes-Benz sila layari laman web: www.mercedes-benz.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1-800-88-1133 Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button