Buletin

VW PERKENAL 4 MODEL DI BEIJING

Pada acara Beijing Motor Show 2014, Volkswagen (VW) memperkenalkan sekurang-kurangnya empat buah kenderaan baharu. 

VW-Beijing-Mekanika (1)

Selain model Touareg yang membuat premiere dunia, VW turut mengetengahkan tiga buah kereta konsep untuk pasaran China iaitu Golf R 400, Coupé bersaiz sederhana yang baru dan Golf Edition.

Touareg merupakan salah satu model SUV mewah yang paling berjaya di dunia dengan jualan lebih 720,000 unit. Generasi baharu Touareg dapat dikenali dengan mudah menerusi rekaan hadapan dan belakang yang dinamik. Di samping warna dan rim yang segar.

VW-Beijing-Mekanika (13)

Versi V6 TDI kini tampil dengan lampu utama jenis bi-xenon. Menerusi kombinasi sistem radio/navigasi RNS 850 dan sambungan telefon bimbit, pemandu Touareg  boleh menggunakan perkhidmatan mobil dalam talian di Eropah. Touareg baharu akan dilancarkan di Jerman pada musim luruh dalam varian diesel (TDI) dan hibrid.

Auto China 2014

Menjadi sebuah kereta yang sangat sporty, Golf R 400 dibangunkan oleh pihak Volkswagen R GmbH. Jentera itu dijana oleh enjin 2,0 TSI yang aspek teknikalnya diambil daripada enjin jentera lumba Polo WRC. Berkuasa 400PS, ia mampu memecut dari 0 hingga 100lm/j dalam tempoh hanya 3.9 saat.

VW-Beijing-Mekanika (10)

Golf R 400 menggunakan pacuan empat roda 4MOTION bersama suspensi sport. Ia hadir dalam warna perak yang kontras dengan bumbung berwarna hitam.

VW-Beijing-Mekanika (5)

Model masa depan VW di pasaran China dipaparkan menerusi kereta konsep New Midsize Coupé (NMC). Coupé empat pintu itu menggabungkan rekaan sebuah kereta saloon dengan kereta sports. NMC membawakan semua unsur rekaan sebuah coupé yang sempurna.

VW-Beijing-Mekanika (3)

Kereta konsep ini diwarnakan dengan warna merah terang yang kontras dengan komponen-komponen berwarna hitam seperti bumbung. Bahagian hadapannya menyerlah dengan rekaan gril radiator, lampu utama LED bersama optic 3D dan inlet udara yang besar.

Auto China 2014

Golf Edition pula dihasilkan sempena ulang tahun Golf yang ke-40. Konsep kereta ini dilengkapi pelbagai ciri mewah seperti sebuah limosin. Penampilannya disempurnakan lagi dengan warna putih metalik dan rim loi ‘Madrid’ bersaiz 19 inci.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button