Pandu Uji

BMW 2 SERIES COUPE

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan model BMW 2 Series Coupé pada acara pertandingan tenis profesional paling berprestij di Malaysia, BMW Malaysian Open 2014 baru-baru ini. 

BMW-2-Series-Coupe-Mekanika (4)

Selaku pengganti kepada model BMW 1 Series Coupé, BMW 2 Series Coupé kini lebih besar, berkuasa dan lincah.  Penampilannya juga lebih mantap dan sporty berbanding model sebelumnya.

BMW 2 Series Coupé dilihat akan meneruskan tradisi dimensi kompak, enjin penuh kuasa dan sistem pacuan roda belakang sejak zaman model lagenda BMW 02 Series.

 

SONY DSC

“Mula diperkenalkan pada tahun 1996, model lagenda BMW 2002 telah mengukuhkan jenama BMW sebagai The Ultimate Driving Machine. Jadi, kami bangga untuk meneruskan tradisi ini dengan BMW 2 Series Coupé serba baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

Posisi BMW 1 Series Coupé sebelum ini banyak diserlahkan oleh konsep pacuan roda belakang, enjin penuh kuasa dengan teknologi BMW TwinPower Turbo dan karekter premiumnya yang menawan. 

P90138097

Kini, BMW 2 Series Coupé serba baharu membawa keseronokan pemanduan ke tahap lebih tinggi. Ini kerana jentera dua pintu tersebut menampilkan prestasi yang lebih mengagumkan dengan rekaan badan yang tersendiri, enjin berkuasa dan teknologi chasis yang telah dikonfigurasi secara khas.

BMW 2 Series Coupé membezakan dirinya daripada model terdahulu dengan memiliki karekter tersendiri yang diserlahkan melalui nama “2”. Perkadaran spesifik  BMW 2 Series Coupé ialah sepanjang 4,432mm (+72mm) dan selebar 1,774mm (+26mm).

BMW-2-Series-Coupe-Mekanika (14)

Model Coupé kompak ini juga memiliki tapak roda 30mm lebih panjang (2,690mm) dan trek lebih luas dengan bahagian hadapannya kini berukuran 1,521mm (+41mm) dan 1,556mm (+43mm) pada bahagian belakangnya.

Untuk menonjolkan dinamik BMW 2 Series Coupé, lampu belakang berbentuk L digabungkan bersama butiran lampu LED yang lebar. Ini menyebabkan coupé kompak ini lebih menyerlah walaupun pada waktu malam.

 

SONY DSC

BMW 220i Coupé dibekalkan dengan enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter. Dijana oleh teknologi BMW TwinPower Turbo, coupé kompak ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 135kW/184hp dan tork puncak 270Nm.

Ia berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.0 saat dan kelajuan maksimumnya adalah 230km/j. Manakala purata penggunaan bahan api hanya sekitar 6 liter bagi setiap 100km. Dengan paddle shifter pada stereng dan fungsi Launch Control pula, pemandu boleh mengoptimumkan cengkaman ketika memecut.

BMW-2-Series-Coupe-Mekanika (11)

Untuk gaya pemanduan yang lebih menjimatkan, Coupé kompak ini menawarkan pemandu dengan kemampuan untuk mengubahsuai keseluruhan karekter kereta agar lebih menjimatkan petrol menerusi mode ECO PRO sebagai ciri standard yang boleh diaktifkan melalui butang Driving Experience Control.

Demi meningkatkan lagi kelincahannya, para pelanggan BMW diberi opsyen memasang suspensi M sport pada BMW 220i Coupé mereka. Rangkaian peralatan untuk tujuan ubah suai BMW 220i Coupé turut merangkumi rim aloi ringan dengan jejari Star-spoke bersaiz 17 inci dan kemasan luar berwarna hitam berkilat.  

 

SONY DSC

BMW 220i Coupé menampilkan papan pemuka yang dilengkapi stereng kulit dan kemasan dalaman Satin Silver berkilat. Tempat duduk sport dan lapisan bumbung dipadankan dengan upholsteri Sensatec bagi meningkatkan lagi estetika sporty coupé ini.

Dari segi kefungsian, BMW 220i Coupé membawakan rangkaian perkhidmatan mobiliti dan sistem bantuan pemanduan daripada BMW ConnectedDrive. Ini termasuklah BMW Radio Professional dengan monitor paparan bersaiz 6.5”, serta ketersambungan Bluetooth, USB dan sistem bunyi HiFi.

 

BMW-2-Series-Coupe-Mekanika (2)

BMW 220i Coupé didatangkan dalam warna hitam, biru dan kelabu. Sementara BMW 220i Coupé Sport pula ditawarkan dengan warna perak, merah dan oren. Warna putih ditawarkan pada kedua-dua varian. Coupé idaman ramai ini ditawarkan pada harga bermula RM259,800 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button