Buletin

VW POLO TROPHY – RM89,888

Volkswagen Malaysia melancarkan Polo Trophy edisi terhad pada pagi tadi. Polo Trophy edisi terhad itu dihasilkan sempena kejayaan Volkswagen dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC).

VW-Polo-Trophy-mekanika (4)

Model tersebut dilancarkan oleh pemandu Kejohanan Rali Dunia Volkswagen, Jari-Matti Latvala; pembantunya Miikka Anttila serta Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Hanya 100 unit ditawarkan, Polo Trophy tampil menyerlah menerusi pelekat berwarna biru pada bahagian sisi badan dan bonet. Selain filem tintied pada cermin, spoiler dan perumah cermin sisi berwarna hitam. Pada bahagian kabin, jentera ini dilengkapi sistem navigasi satelit.

VW-Polo-Trophy-mekanika (12)

Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. Model kompak itu menggunakan khidmat enjin empat silinder MPI 1.6 litre MPI berkuasa 105PS dan tork 153Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

“Minggu Polo Rally pada hari ini amat penting buat pasukan. Memang hebat apabila dapat berkongsi sisi lain jenama ini dengan anda semua.  Volkswagen mempunyai sejarah penglibatan yang panjang dalam banyak platform rali sejak bertahun-tahun lamanya.

VW-Polo-Trophy-mekanika (7)

“Kami bangga dengan kehadiran Jari-Matti Latvala dan Miikka Anttila dalam majlis pelancaran edisi terhad Polo Trophy yang direka khas untuk rakyat Malaysia serta para peminat WRC,” kata Keller pada majlis pelancaran yang diadakan di Setia City Convention Centre.

Latvala dan Anttila memperkenalkan kereta ini dalam gaya yang cukup menarik menerusi lompatan tanjakan yang hebat; pertama kali untuk sebuah Polo produksi biasa di sini.

VW-Polo-Trophy-mekanika (10)

Latvala juga memberi pengalaman berharga kepada 60 orang tetamu bertuah termasuklah rakan media, pelanggan dan pemenang peraduan facebook Volkswagen. Pemandu berusia 30 tahun itu membawa mereka semua merasai aksi pemanduan tepat dan belokan pantas yang mendebarkan di sekitar litar menggunakan Polo biasa.

Latvala yang kini berada di ranking ke-2 dalam arena WRC menyahut cabaran ratu drift, Leona Lim. Cabaran itu menjadi viral  di laman Facebook Liona seminggu sebelum Latvala tiba di Malaysia. Sebagaimana yang dijangka, Latvala berjaya menewaskan Leona dengan catatan masa kira-kira 5 saat lebih pantas.

VW-Polo-Trophy-mekanika (11)

Acara ini akan diteruskan sepanjang hujung minggu untuk orang ramai mengunjunginya. Mereka boleh menaiki kenderaan yang dipandu oleh dua orang drifter wanita terkenal Malaysia – Chin dan Azrina Jane Abdullah.

Pengunjung boleh melihat secara dekat Polo Trophy yang baru dilancarkan dan terhad kepada hanya 100 unit sahaja. Ia ditawarkan pada harga RM89,888 seunit sehingga stok masih ada.

VW-Polo-Trophy-mekanika (14)

Peminat jentera rangkaian model berprestasi tinggi tinggi Volkswagen pula bakal menikmati penjimatan sehingga RM30,000 apabila membeli Golf GTI, Golf R dan Scirocco R hingga 30 September 2015.

GALERI

VW-Polo-Trophy-mekanika (1)VW-Polo-Trophy-mekanika (3)VW-Polo-Trophy-mekanika (6)VW-Polo-Trophy-mekanika (8)VW-Polo-Trophy-mekanika (9)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button