Buletin

JENTERA LUMBA PORSCHE 911 GT3 RS

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport kenderaan Porsche di Malaysia melancarkan 911 GT3 RS baharu petang tadi.

Porsche-911-GT3-RS-mekanika (3)

Generasi kelima kereta sports berprestasi tinggi itu diperkenalkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer serta para pemandu termasuklah Chris Van der Drift, Craig Baird dan Alif Hamdan sempena acara Porsche Carrera Cup Asia 2015, Pusingan 9 & 10 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jentera itu mula dipertontonkan kepada umum sewaktu Geneva International Motor Show 2015.

Porsche-911-GT3-RS-mekanika (5)

911 GT3 RS dijana oleh unit enjin empat liter enam silinder berkuasa 500 dan tork 460Nm. Ia dipadankan bersama transmisi PDK yang dibangunkan khas untuknya.  Enjin terbesar dan mempunyai kuasa paling tinggi berbanding mana-mana enjin NA itu mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.3 saat sahaja.

Fungsi seperti pengehad pecutan Pit Speed telah diubah suai untuk kegunaan di litar. Penggunaan bahan apinya adalah sekitar 12.7 liter bagi setiap 100km.

Porsche-911-GT3-RS-mekanika (10)

911 GT3 RS menampilkan rekaan yang ringan. Buat pertama kalinya, bumbung diperbuat daripada magnesium. Sementara gentian karbon digunakan pada bahagian enjin dan kompartmen. Komponen-komponen ringan lain diperbuat daripada material alternatif. Ini menjadikannya 10kg lebih ringan berbanding 911 GT3.

Jentera ini dibina daripada badan 911 Turbo. Apa yang membezakan statusnya selaku jentera lumba ialah alat-alat ganti RS yang sangat aerodinamik.

Autodesk VRED Professional 2014 SR1-SP7

Rekaan dalaman 911 GT3 RS yang sarat dengan kemasan Alcantara itu tidak jauh bezanya dengan model 911 GT3. Ciri baharu ialah tempat duduk full-bucket yang berasaskan kepada model 918 Spyder.

Antara ciri standard lain termasuklah Club Sport Package dengan roll cage di belakang tempat duduk, abah-abah enam poin untuk pemancu, pemadam api dan banyak lagi.

Porsche-911-GT3-RS-mekanika (9)

911 GT3 RS ditawarkan pada harga asas RM1.75 juta (tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans) serta jaminan kilang selama empat tahun.

Menurut pihak SDAP, sebanyak 20 unit dibawa masuk dan semuanya sudah habis dijual!

GALERI

Porsche-911-GT3-RS-mekanika (1)Porsche-911-GT3-RS-mekanika (6)Porsche-911-GT3-RS-mekanika (8)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button