Buletin

WALAUPUN NEGERI MISKIN, RAJA DENGAN 15 ISTERI BELI 19 BUAH ROLLS ROYCE & 120 BUAH BMW!

Raja negara mana tu? Nah. ni salah sebuah negara di benua Afrika. Terletak di selatan benua yang dikenali sebagai Swaziland. (Sejak 2018 dikenali sebagai Kingdom of Eswatini)

Raja Mswati III, pemerintah negara Afrika terkecil itu dikatakan telah memesan 19 buah Rolls Royce termasuk sebuah Cullinan Custom dan 120 buah kenderaan BMW.

Ni beli banyak-banyak buat apa?

Sebab dia ada 15 orang isteri dan 23 orang anak. Kau kira je lah berapa mak mentua, pak mentua, ipar duai, sepupu sepapat, jiran, sedara mara, kroni dan sebagainya.

Di sebalik keghairahan Raja Mswati III membeli kereta macam beli keropok lekor, rakyat Swaziland sebenarnya miskin.

Sebanyak 26% populasi orang dewasa di sana dikesan sebagai positif HIV.

Nah. menarik kan?

Belum.

Raja ini juga sebenarnya bukanlah kali pertama bermewah-mewahan begini. Beliau didakwa turut memiliki 20 unit Mercedes-Maybach S600 Pullman, Maybach 62 (bernilai RM2 juta) dan sebuah BMW X6.

Taklah banyak sangat…. Tapi nanti dulu.

Selain kereta, nampaknya Raja juga perlukan sesuatu yang boleh menghindari masalah kesesakan jalanraya, justeru beliau juga telah membeli sebuah pesawat peribadi yang bernilai $13.2 juta (RM54.81 juta) ke dalam koleksinya.

Tamak kan?

Taklah, pesawat tersebut adalah yang KEDUA dibeli bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 pada tahun lalu. Makna kata, dia sambut hari lahir, dia beli pesawat untuk hadiahkan diri sendiri.

Google ads
Back to top button