,
Buletin

MAZDA CX-30 KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. 3 VARIAN, BERMULA RM143K SEUNIT!

Bermaz Motor mengumumkan bahawa tempahan untuk SUV terbaharu Mazda CX-30 telah dibuka mulai hari ini. 

SUV kompak yang diposisikan di antara model CX-3 dan CX-5 itu dilihat sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah SUV elegan. 

Harga dan varian adalah seperti berikut: 

  • Mazda CX-30 2.0L (2WD) – RM143,119
  • Mazda CX-30 2.0L High (2WD) – RM164,119
  • Mazda CX-30 2.0L Diesel High (2WD) – RM173,027 

CX-30 diimport sepenuhnya dari Jepun itu didatangkan dalam warna merah, kelabu, perak, hitam, biru, putih mutiara dan kelabu metalik. 

Sama seperti semua model moden Mazda, CX-30 tampil dengan bahasa rekaan KODO yang begitu menarik. Jika bahagian hadapannya tidak jauh berbeza dengan SUV lain Mazda seperti CX-3, CX-5 dan CX-8, bahagan belakang CX-30 bagaimanapun lebih cantik dan berseni. 

Seperti biasa, ruang dalaman kenderaan Mazda tidak pernah mengecewakan, begitu juga dengan CX-30. Reka letaknya yang ringkas dan minimalis, penggunaan material serta tona hitam mengadikan ruang itu berasa mewah.

Papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh bersaiz 8.8 inci yang boleh dikawal menerusi tombol rotari di konsol tengah. 

Sistem infohibur itu juga didatangkan dengan Mazda Connect bersama ciri arahan suara, Apple Carplay, Android Auto, ketersambungan Buletooth dan sebagainya. Anda juga pasti berpuas hati dengan alunan muzik daripada lapan unit pembesar suara. 

Pelanggan boleh memilih di antara dua enjin iaitu 2.0 liter petrl berkuasa 163hp dan tork 214Nm. Sementara enjin diesel bersesaran 1.8 liter pula mampu menjana kuasa sekitar 114hp dengan tork puncak 270Nm seawal 1,600 hingga 2,700rpm. 

Kuasa daripada kedua-dua enjin itu kemudian disalurkan ke pacuan roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan. 

Bermaz basanya meletakkan varian diesel sebagai model lebih tinggi. Jadi, ia dilengkapi beberapa ciri lebih baik seperti rim bersaiz 17 inci, lampu LED dan kemasan kulit pada tempat duduknya. 

Dari segi keselamatan, CX-30 dipasang dengan 7 beg udara, ABS, Dynamic Stability Control, EBD, EBA, Kawalan Cengkaman. ISOFIX dan banyak lagi.

Varian 2.0L Hig dan 1.8L diesel high pula ditambah dengan beberapa ciri keselamatan terkini termasuklah Pemantauan titik Buta, RCTA, Sokongan Brek Pintar dan High Beam Control.    

Semua kenderaan Mazda yang didaftarkan mulai 1 Januari 2018 hadir bersama jaminnan pengilang dan penyelengaraan percuma selama lima tahun serta had perbatuan sejauh 100,000km (kecuali trak pikap BT-50).

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button