Motosikal

WALAUPUN RUPANYA MACAM CACAT, SKUTER ELEKTRIK CEZETA INI SEBENARNYA CANGGIH

Memang pelik betul rupa skuter ni. Namanya Cezeta dan ia adalah skuter yang berasal dari negara penjaga gol pasukan bolasepak terhebat di bumi iaitu Aresenal Petr Cech iaitu republik Czechoslovakia yang diuruskan oleh pengurus terhebat di dunia iaitu Arsene Wenger.


OK. Jadi ini tentang skuter. Skuter Cezeta bukanlah sekadar konsep yang dipamer dan hanya acah-acah nak tunjuk teknologi. Cazeta sudah lama berada di pasaran sejak tahun 50-an dan 60-an. Sepertimana Vespa simbol kejayaan “tebuan” itali, Cezeta adalah lambang kebebasan anak muda republik tersebut.

Sempena menyambut ulanngtahunnya yang ke 60 tahun, Cezeta muncul semula, tapi kali ini dengan cara yang lebih simbolik. Skuter ini kini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Ia masih mengekalkan ciri ikonik rekaan 1950 namun dilengkapi dengan teknologi abad ke 21. Cezeta kini boleh dilaras menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk penalaan pretasi dan efisein bahanpi, pengecas USB, outlet AC, gear undur, pembesar suara dengan sambungan bluetooth serta lampu di bawah badan.

Motor elektrik skuter ini berupaya menghasilkan kuasa 11kW dengan pecutan maksimum 120km/j. Sementara prestasi 0-100km/j nya sekitar 6.4 saat. Pengeluarnya memberitahu ia akan berada di pasaran pada tahun hadapan.

BACA: MERIAH SUNGGUH KARNIVAL 70 TAHUN VESPA!

BACA: VESPA, BAGAIMANA SKUTER BOLEH JADI IKON GAYA HIDUP

Google ads
Back to top button