
WANGIAN MASA DEPAN NISSAN
Nissan di Eropah telah bekerjasama dengan pakar pembuat minyak wangi dan saintis Akademi Aroma, Dr. George Dodd untuk menghasilan satu blueprint aromatik bagaimana bau masa depan yang sifar emisi.
Wangian itu bukan sahaja mewakili masa depan sifar emisi apabila kereta elektrik seperti Nissan LEAF memonopoli jalan raya, tetapi ia juga terbukti secara saintifik memberi deria postif kepada manusia.
Mendapat inspirasi ketika berjalan-jalan di tanah tinggi Scotland, Dodd menghasilkan campuran wangian masa depan Nissan itu daripada daun hijau, minyak mirtel, oren dan molekul. Wangian itu mencetuskan gambaran landskap yang bersih, segar dan organik dalam fikiran mereka yang menghidunya.
Campuran itu diletakkan ke dalam satu penyegar udara berbentuk seperti Nissan LEAF. Ia kemudian dihadiahkan kepada para pemilik Nissan LEAF dan kakitangan Nissan di Eropah sebagai hadiah Krismas sebagai tanda terima kasih kerana memainkan peranan dalam masa depan sifar emisi. Penyegar udara itu seakan-akan mengingatkan mereka apa yang telah disumbangkan kepada dunia ketika memandu Nissan LEAF.
Ini adalah tugasan pertama seumpamanya buat Akademi Aroma. “Kami sangat berbangga kerana diminta untuk menghasilkan wangian yang begitu abstrak dan inovatif untuk Nissan.
“Apabila Nissan meminta saya untuk menghasikan bau masa depan, ia agak menakutkan. Tetapi ia juga satu cabaran. Aroma ini mengandungi satu palet sensasi bau yang tidak pernah wujud sebelum ini,” kata Dodd.










