Buletin

PROMOSI KRISMAS FORD FIESTA

Ini adalah masa terbaik jika anda merancang untuk memiliki sebuah Ford Fiesta. Sebabnya, baru sahaja Ford mengumumkan promosi ‘Tawaran Krismas Ford Fiesta Baharu’. 

SONY DSC

Promosi yang sah mulai sekarang hingga 31 Disember 2013 iti menawarkan kadar faedah serendah 1.38% setahun, di samping baucar-baucar beli-belah secara percuma.

Menurut Ford, Fiesta yang dilancarkan baru-baru ini merupakan kombinasi penjimatan bahan api, prestasi dan personaliti. Ia didatangkan bersama teknologi canggih seperti Ford SYNC yang dikuasakan oleh Microsoft.

SONY DSC

Teknologi pintar ini pada asalnya hanya ada pada sejumlah kenderaan, tetapi Ford membuatkannya mudah diakses oleh lebih ramai pelanggan dengan memperkenalkannya ke seluruh rangkaian kenderaannya termasuklah Fiesta baharu.

Jentera kompak itu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder bersesaran 1.5 liter Ti-VCT. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 82 kW (112 PS) pada 6,300 rpm dan tork puncak 140 Nm pada 4,400 rpm.

SONY DSC

“Ford Fiesta baharu dibina untuk generai digital. Dengan SYNC, ketersambungan Bluetooth® dan kemampuan MP3, pemandu boleh sentiasa mendengar muzik kegemaran dan berhubung dengan dunia masing-masing ketika memandu,” kata Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, David Westerman.

Bagi menambah ketenangan minda kepada pelanggannya, para pemilik Ford Fiesta baharu akan menikmati jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km serta Pelan Servis Lanjutan (ESP)2 Ford.

SONY DSC

ESP Ford adalah program servis dan penyelenggaraan selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara percuma. Selain pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut merangkumi penggantian beberapa alat ganti lusuh terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.

SONY DSC

Maklumat lanjut mengenai promosi ‘Tawaran Krismas Ford Fiesta Baharu’, sila layari laman web: www.ford.net.my atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian: 1800 38 3181.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button