Buletin

WANITA DIKECAM NETIZEN RAKAM ISI MINYAK LAMBORGHINI RM400

Seorang wanita dikecam pengguna media sosial berikutan tindakannya mengisi petrol sebuah Lamborghini berwarna oren sambil merakam video menggunakan telefon bimbit, sekali gus mengambil ringan faktor keselamatan.

Menerusi video tular di media sosial, wanita itu mahu menunjukkan kepada pengguna jumlah bayaran bagi isian penuh untuk supercar itu iaitu sebanyak RM400.

Berdasarkan komen ditinggalkan pengguna media sosial, mereka mengecam perbuatan wanita tersebut, malah mengingatkannya mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.

“Tidak reti fikir bab keselamatan diri, orang lain dan premis minyak. Menyusahkan orang,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Bila pergi sekolah, tapi tidak tahu undang-undang. Di stesen minyak tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit,” marah seorang lagi pengguna. 

Korang baca lah sendiri kecaman-kecaman kejam daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button