Buletin

NETIZEN PUAS HATI TENGOK VELLFIRE PARKIR SESUKA HATI ROSAK DIHIMPIT BAS

Satu klip video yang memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dihimpit bas sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kenderaan terbabit tular di media sosial.

Menerusi perkongsian asal oleh @ayin8686 itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Semalam, video tersebut sekali lagi tular di Twitter selepas dimuat naik oleh portal Isu Semasa Viral dengan memaklumkan punca kejadian disebabkan pemandu MPV terbabit meletakkan kenderaan di ruangan larangan parkir sehingga menghalang laluan pengguna lain.

“Puas hati tengok video ini, ini makan dia kalau suka parkir ikut suka hati sampai menyusahkan orang lain. Harap pakai kereta besar tapi otak langsung tak berfungsi,” ciapnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya berpuas hati dengan insiden yang berlaku itu.

“Nasib baik bas, kalau lori kontena ke mahu jadi kancil dibuatnya, kalau aku la, bawa lori simen, tuang atas kereta, nak parkir sangat tempat dilarang parkir,” ciap @husbandnakal.

“Bagus kena macam ini, biar beringat sikit pada pemandu yang suka susahkan orang lain, ingat jalan dia boleh parkir suka hati, tepuk tangan aku tengok insiden macam ini,” ujar @matayen99. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button