BuletinMotosikal

WARNA DAN GRAFIK BARU SYM SPORT RIDER 125i

SYM Malaysia telah memperkenalkan Sport Rider 125i dengan grafik baharu dalam 3 jenis warna yang disediakan iaitu merah, biru & kuning. Ia merupakan salah satu kapcai yang popular di pasaran Malaysia.

SYM Sport Rider 125i dipadankan dengan enjin SOHC dua injap yang mampu menjana 9.5 kausa kuda pada 8000rpm dan 10.8Nm tork pada 5500rpm. Sport Rider 125i juga merupakan model pertama SYM yang dilengkapi enjin suntikan bahanapi EFI.

Moped ini juga mematuhi piawaian pelepasan Euro 3 yang mesra alam dan menjimatkan bahanapi. Enjin ini mampu memindahkan semua kuasa ke tayar belakang melalui transmisi putaran 4-kelajuan.

Harga yang telah di tetapkan Sport Rider 125i baharu ini adalah RM 5,542.20 (harga asas tanpa GST, insuran & cukai jalan). Sport Rider 125i baharu ini kini boleh didapati di semua pengedar-pengedar sah SYM di Malaysia.

Google ads
Back to top button