
ZHANG XUE BAKAL TURUN MALAYSIA RASMIKAN ZXMOTO SEPTEMBER INI
Umum sedia maklum bahawa MForce Bike Holdings telah pun diumumkan sebagai pengedar rasmi bagi jenama ZXMoto di Malaysia.

MForce turut menyediakan ruang pameran khas ZXMoto ketika di Malaysia Bike Show 2026 bulan lalu dan mempamerkan tiga model, 500RR, 500F dan 820RR.
Untuk makluman, MForce juga akan melancarkan ketiga-tiga model berserta harga rasmi pada 13 September ini.

Menariknya, kami difahamkan bahawa majlis eksklusif itu akan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengasas ZXMoto sendiri, Zhang Xue.
Kehadiranya Zhang Xue pastinya akan merancakkan lagi perkembangan jenama ZXMoto di Malaysia bersama-sama MForce selaku pengedar rasmi.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, 500RR dan 500F akan dijual pada harga bawah RM30k sementara model flagship, 820RR pula akan ditawarkan pada harga bawah RM40k.







