Buletin

WRC 2025 – THIERRY NEUVILLE AKAN MENGETUAI SENARAI PEMANDU UNTUK PERLUMBAAN PEMBUKAAN DI RALLYE MONTE-CARLO

Perlumbaan pembukaan FIA World Rally Championship (WRC) 2025 akhirnya akan membuka tirai pada 23 – 26 Januari 2025 dengan pemandu pasukan Hyundai Motorsport Thierry Neuville selaku penyandang juara WRC 2024 akan mengetuai senarai barisan pelumba untuk Rallye Monte-Carlo 2025.

Thierry Neuville yang masih lagi segar dengan kejayaan merangkul tahta WRC 2024 akan mengetuai senarai 70 barisan pelumba yang akan turut serta edisi ke 93 perlumbaan Rally Monte-Carlo.

Senarai barisan pelumba untuk Rally Monte-Carlo telah pun diumumkan yang juga merupakan perlumbaan sulung secara tradisi untuk WRC akan melalui kawasan pergunungan Alpen di Perancis membabitkan sejumlah 10 unit jentera Rally1 yang akan beraksi kali ini.

Pasukan Hyundai Motorsport selain daripada Thierry Neuville, juga akan turut serta adalah naib juara WRC 2024, Ott Tanak dan juga pemandu baharu pasukan, Adrien Fourmaux yang akan memandu jentera Hyundai i20 N Rally1 spesifikasi 2025 tanpa penggunaan sistem hibrid.

Sementara itu, penyandang juara WRC kategori Pengeluar, pasukan Toyota Gazoo Racing pula akan mempertaruhkan pasukan yang terkuat mereka yang akan diketuai Kalle Rovanpera selaku mantan juara WRC dua kali yang akan turut buat pertama kali di Rallye Monte-Carlo dalam tempoh dua tahun. Elfyn Evans juga seperti biasa akan turut menyertai barisan pemandu Toyota Gazoo Racing.

Menarik juga apabila pemandu lagenda Sebastian Ogier akan terus beraksi sekali lagi di Monte Carlo buat sekian kali dengan jentera keempat Toyota GR Yaris Rally1 dengan livery rasmi akan dipandu oleh pemandu Jepun Takamoto Katsuta.

Sementara itu juara WRC2 musim lalu Sami Pajari bersama Juruarah baharu Marko Salminen juga akan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 spesifikasi 2025 tetapi akan berlumba di bawah nama Toyota Gazoo Racing WRT2.

Pasukan M-Sport Ford Puma pula akan membariskan gandingan duo pelumba muda Grégoire Munster dan Josh McErlean dengan pemandu dari Ireland tersebut akan membuat debut di pentas tertinggi sepanjang kerjaya rali beliau bersama Juruarah baharu Eoin Treacy.

Kelas WRC2 juga menarik apabila Nikolay Gryazin yang memandu jentera Citroen musim lepas akan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 buat pertama kali musim ini bersama Gus Greensmith juga akan memandu jentera yang serupa.

Pasangan adik beradik Yohan dan Léo Rossel akan memandu jentera Citroen C3 Rally2. Oliver Solberg juga akan turut membuat debut bersama jentera baharu Toyota GR Yaris Rally2 di sini tetapi memilih untuk tidak mengutip mata kali ini.

BACA : CITROEN RACING AKAN MEMPERTARUHKAN ADIK BERADIK UNTUK AKSI WRC2 MUSIM 2025

BACA : FIA PERKENALKAN REGULASI BAHARU UNTUK WRC 2027 MEMBABITKAN KOS YANG LEBIH MURAH DAN LEBIH PASUKAN YANG BERAKSI

Google ads

B K

"
"
Back to top button