" "
Motosikal

PENANGAN ZONTES, HARGA YAMAHA XMAX TURUN KAW-KAW?

Pasaran motosikal terutamanya melibatkan skuter maxi merupakan segmen yang sering mendapat perhatian tinggi pengguna motosikal di Malaysia. 

*Yamaha XMax 250

Tidak hairanlah ada pelanggan yang sanggup membeli skuter maxi seperti Yamaha XMax 250 dengan harga hampir RM30k meskipun harga cadangan diumumkan Yamaha hanyalah sekitar RM23k. 

Bagaimanapun, sebaik tahun 2025 membuka tirai, kami dapati terdapat penurunan harga melibatkan skuter bersesaran 250cc itu.  

Tinjaun di media sosial mendapati ada kedai yang telah menurunkan harga jualan XMax 250 kepada RM26.4k (OTR) sahaja berbanding sebelum ini yang hampir mencecah RM30k. 

Meskipun punca penurunan harga tersebut tidak dinyatakan namun tinjauan kami mendapati senario itu mungkin berkait dengan pelancaran beberapa skuter maxi baharu untuk pasaran tempatan baru-baru ini antaranya Zontes 368G MODA Sporter-S 250 dan tahun lalu QJMotor Fort 350.

*Zontes 368G

Ini kerana Zontes 368G yang terkenal ekoran menawarkan lebih 30 ciri dijual pada harga hanya RM28,800. Sementara itu, Sporter-S pula hanya RM17,888 sementara QJMotor Fort 350 boleh dimililki dengan harga hanya RM23,888.

*MODA Sporter-S

Senario ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan pada penjualan XMax 250 dan penurunan harga tersebut dilihat relevan bagi memastikan skuter berkenaan boleh terus bersaing. 

Namun begitu, XMax 250 mempunyai daya tarikan tersendiri apatah lagi Yamaha adalah jenama yang lebih “established” selain pengguna tidak perlu bimbang tentang alat ganti dan servis selepas jualan. 

*QJMotor Fort 350

Apa pun, perkembangan terbaru ini membawa berita gembira buat pengguna motosikal di Malaysia kerana selain lebih banyak tawaran model baharu disajikan, harga yang ditawarkan ketika ini lebih menarik dan kompetitif. 

Google ads
Back to top button