Buletin

WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG MENANG DENGAN BERGAYA DI SECTO RALLY FINLAND

Pemandu muda berasal Sweden, Oliver Solberg sekali lagi mempamerkan pemanduan yang handal buat sekian kalinya apabila muncul sebagai pemenang di Secto Rally Finland sekali gus mendahului pungutan mata kejuaraan WRC2 dengan kelebihan 28 mata.

Oliver Solberg yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 mendahului saingan di permukaan berbatu selama empat hari tanpa masalah bagi mencatat kemenangan ketiga beliau musim ini dalam kelas WRC2 ke atas pencabar terdekatnya, Jari-Matti Latvala yang membuat kemunculan istimewa dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 buat pertama kalinya di FInland dengan kelebihan 39.0 saat.

Di awal saingan, Oliver Solberg dan Jari-Matti Latvala yang meninggalkan tugasannya sebagai Prinsipal Pasukan di Finland kelihatan agak setara pada perlumbaan hari Jumaat di Jyväskylä akan tetapi setelah sang Prinsipal tersebut mengalami sedikit berpusing pada hari Sabtu dan ketinggalan 20 membuatkan Oliver Solberg tidak mempunyai banyak masalah untuk terus mendahului sehingga ke hari Ahad tanpa terlalu memikirkan tekanan.

Untuk rekod pemandu WRC2 boleh berlumba sehingga tujuh perlumbaan rali, dengan enam keputusan terbaik dikira sebagai markah akhir musim mereka kelak. Oliver Solberg kini telah bertanding enam perlumbaan manakala saingan kejuaraan terdekatnya termasuk Sami Pajari, Yohan Rossel dan Nikolay Gryazin semuanya masih lagi mempunyai beberapa perlumbana dalam tangan untuk mengutip mata.

Melengkapkan podium ketiga adalah juga pemandu tuan rumah Lauri Joona yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 bagi mengenepikan saingan seorang lagi pemandu tuan rumah Mikko Heikkilä di tempat keempat keseluruhan sekali gus merebut kemenangan WRC2 Challenger.

Rezeki mungkin sedikit tidak memihak kepada Mikko Heikkilä yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 setelah hanya ketinggalan 2.6 saat walau pun beliau sempat dikenakan penalti 10 saat kerana lewat tiba pada hari Sabtu.

Dua lagi jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang dipandu oleh Georg Linnamäe dan Roope Korhonen melengkapkan enam teratas untuk keputusan WRC2 di Secto Rally Finland bagi memberikan sedikit khabar gembira buat pasukan Toyota Gazoo Racing sementelah jentera utama Rally1 mereka menang dalam kelas utama.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Oliver Solberg – 111 mata
  2. Sami Pajari – 83 mata
  3. Yohan Rossel – 71 mata

BACA : WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG AKHIR MENANG SEMULA DI LATVIA

BACA : WRC2 – SAMI PAJIRI HEBAT UNTUK MENGUNGGULI DI ORLEN 80TH RALLY POLAND

Google ads

B K

Back to top button