Motosikal

HARGA SUZUKI V-STROM 250SX DIUMUMKAN – RM17,800

Suzuki Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga jualan bagi Suzuki V-Strom 250S untuk pasaran tempatan. 

Motosikal segmen adventure 250cc itu kini boleh didapati di rangkaian pengedar dengan harga jualan rasmi RM17,800. Harga tersebut ternyata menepati maklumat yang kami perolehi sebelum ini. 

Atas kertas, V-Strom 250 SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm. Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Antara perincian ditawarkan pada V-Strom 250SX merangkumi:

  • suspensi belakang tunggal
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan

Meskipun bersesaran 250cc namun V-Strom 250SX ini menawarkan pengalaman menunggang motosikal ADV yang sebenar dengan ketinggian tempat duduk 835mm setara dengan V-Strom 650XT serta jarak kelegaan tanah 205mm. Bagaimanapun, dengan berat (bersih) hanya 167kg, motosikal ini lebih ‘mesra’ untuk mereka yang mahu berjinak dengan jentera ADV.

Selain itu, V-Strom 250SX ini turut menawarkan pencahayaan LED, tangki bahan api berkapasiti 12L serta Suzuki Easy Start System.

GALERI: SUZUKI V-STROM 250SX

Google ads
Back to top button