Artikel Pilihan

SAKSIKAN BAGAIMANA DRON BANTU KESAN LOKASI KANAK-KANAK HILANG – SYUKUR SEMUANYA SELAMAT

Kejadian berlaku Ogos lalu di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia tahun didapati hilang di kawasan rumah sendiri. Nampak macam situasi biasa kan cuma masalahnya keluarga kanak-kanak ini tinggal di sebuah rumah ladang yang dikeliling oleh tanaman jagung seluas 100 ekar!

Ibu bapa kanak-kanak tersebut mencarinya di seluruh kawasan rumah dan terpaksa meminta bantuan polis selepas hari beransur gelap dan yakin anak mereka telah tersesat di kawasan ladang seluas lebih 100 ekar.

Pegawai-pegawai dari jabatan sheriff Fond du Lac segera memberikan respon tapi mereka sedar bantuan lebih besar diperlukan kerana saiz kawasan yang terlalu besar dan keadaan malam hari yang semakin gelap. Bantuan dron haba segera dipinta dari Technology Response Group.

Dengan bantuan operator dron haba, pegawai-pegawai polis dan anggota bomba segera bergerak menuju ke lokasi kanak-kanak tersebut yang berjaya dikesan lokasinya kira-kira setengah batu dari lokasi kediaman. Menjalang jam 9.46 malam mereka berjaya menemui kanak-kanak tersebut dalam keadaan selamat tetapi sedikit ketakutan.

Rupa-rupanya nak kejar kucing punya pasal punyalah jauh tersesat sampai setengah batu jarak dari rumah. Syukur jugalah tak ada binatang-binatang bisa dalam ladang jagung tu.

Terima kasih kepada pasukan petugas barisan hadapan dan teknologi dron haba yang memudahkan pencarian sekaligus menjimatkan masa dan kos dalam usaha mengesan kanak-kanak tersebut.

Google ads
Back to top button