
WRC2 2025- GUS GREENSMITH MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI SAFARI RALLY KENYA
Pemandu Britain Gus Greensmith berjaya memenangi perlumbaab kelas WC2 Safari Rally Kenya dengan kelebihan menang 3 minit 15 saat pada perlumbana pertamanya musim ini sekali gus mengambil kesempatan diatas kesilapan yang dilakukan pemenang kedua Jan Solans pada hari terakhir perlumbaan.
Dipisahkan dengan hanya 5.8 saat ketika menuju hari penentuan lima peringkat pada hari Ahad, Gus Greensmith dan Jan Solans terlibat dalam pertarungan yang sengit diantara pemandu warga Britain yang memandu jentera Škoda Fabia RS Rally2, manakala pemandu Sepanyol itu memandu jentera baharu Toyota GR Yaris Rally2. Gus
Ternyata persaingan sengit membabitkan keduanya dengan catatan masa yang cukup rapat sebelum bencana melanda.
Greensmith mengenepi ujian pembukaan dengan empat persepuluh, tetapi Solans membalas keras pada peringkat seterusnya dan berada 7.6 saat di perpecahan kedua sebelum bencana melanda.
Jan Solans, 27 tahun tersilap menilai situasi membabitkan pemandu kidal yang menyebabkan jentera dipandunya berguling dan kehilangan masa tiga minit bagi memberikan peluang untuk Gus Greensmith muncul sebagai pemenang bersama Juruarah oleh Jonas Andersson.

Kemenangan Gus Greensmith itu dilihat cukup bermakna apabila kali terakhir beliau menang kira – kira 12 bulan yang lalu di lokasi yang sama. Malah kemenangan Gus Greensmith ini merupakan kemenangan berganda apabila seorang lagi warga British Elfyn Evans turut mengesahkan kemenangan dalam kelas WRC terlebih dahulu.
Sementara itu Jan Solans barangkali harus akur untuk menduduki podium kedua walau pun telah memberikan tentangan sengit terhadap Gus Greensmith. Malah jentera Toyota yang dipandu beliau sempat berguling dan mengakibatkan cermin hadapan rosak teruk dan harus dibuang. Sudahnya beliau meneruskan perlumbaan dengan memakai Goggles dalam keadaan cermin hadapan hilang sepenuhnya.

Podium ketiga menjadi milik pemandu berasal dari Paraguay Fabrizio Zaldivar dengan memandu jentera Skoda Fabia RS.
Sementara itu pemandu pilihan Oliver Solberg yang dilihat sepatutnya berupaya mencatatkan satu lagi kejayaan akur untuk hanya berada di tempat kelima keseluruhan setelah sempat mengalami jentera yang tersekat pada laluan berpasir dan berdebu yang tebal hingga menyebabkan beliau kehilangan masa berharga.
BACA : KAJETAN KAJETANOWICZ AKHIRNYA SAHIH KEMBALI SEMULA KE WRC2
BACA : APA JADI DENGAN SKODA / TOKSPORT UNTUK KEMPEN WRC2 MUSIM INI?