Buletin

JAECOO MALAYSIA BERTERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN ATAS KEJAYAAN JENAMA

JAECOO Malaysia mengiktiraf sokongan peminat dan pembeli terawal sebagai faktor utama kejayaan jenama ini dalam pasaran tempatan.

Dalam satu majlis penghargaan eksklusif, syarikat itu menegaskan bahawa kejayaan mereka berpunca daripada kombinasi produk berkualiti, strategi harga yang kompetitif serta rangkaian pengedar dan perkhidmatan selepas jualan yang semakin berkembang.

“Maklum balas positif yang kami terima, bahkan sebelum kenderaan JAECOO tiba di Malaysia, amat luar biasa. Kami amat menghargai kepercayaan diberikan oleh peminat dan pelanggan awal terhadap jenama ini.,” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, JAECOO telah berjaya menghantar lebih 9,000 unit kenderaan kepada pelanggan di Malaysia dengan rangkaian 45 pusat pengedaran di seluruh negara.

Majlis makan malam gala pertama JAECOO diadakan dengan penuh gaya, berlatarbelakangkan panorama ikonik Menara Berkembar Petronas dan cakrawala Kuala Lumpur.

Lebih 200 tetamu, termasuk pemilik kenderaan JAECOO, hadir dalam acara ini yang bertujuan membina komuniti pemilik yang erat melalui pelbagai aktiviti eksklusif.

Menampilkan elemen jenama ‘From Classic, Beyond Classic’, JAECOO menyusun pelbagai aktiviti menarik untuk para tetamu, termasuk sesi lukisan batik dengan motif khas J-Club serta teknologi canggih seperti AI Sketch Bot yang menghasilkan potret peribadi untuk setiap hadirin.

J-Club merupakan kelab pemilik JAECOO yang unik di Malaysia, dibangunkan sendiri oleh jenama ini. Keahlian diberikan secara automatik kepada semua pemilik JAECOO yang memperoleh kenderaan mereka daripada pengedar sah.

Melalui J-Club, pemilik mendapat akses eksklusif kepada acara khas di seluruh negara.

Sejak penubuhannya, J-Club telah menganjurkan pelbagai acara menarik, termasuk J-Club Drive Event di Johor Bahru pada Januari 2025, di mana 30 peserta menikmati pemanduan santai dari Plentong ke Desaru.

Selain itu, satu perjumpaan khas diadakan di Pulau Pinang pada Februari 2025 sebagai sambutan Tahun Baru Cina, yang dihadiri oleh lebih 200 tetamu.

Kini, Gala Dinner 2025 menjadi satu lagi acara bersejarah dalam hubungan erat antara jenama dan pemilik setianya.

Tambah Emily Lek¸”Kami sangat teruja dengan tahun 2025 dan pelbagai pencapaian yang bakal tiba. Matlamat kami adalah untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan memberikan perkhidmatan terbaik.”

Google ads
Back to top button