Buletin

WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG MENANG DI PARAGUAY. TAHTA WRC2 SEMAKIN HAMPIR

Pemandu muda sensasi dari Sweden, Oliver Solberg tampaknya berterusan mencipta kejayaan apabila berjaya bangkit untuk muncul juara kelas WRC2 di ueno Rally del Paraguay sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam kelas WRC2 setakat ini.

Ini adalah merupakan kejayaan keempat buat Oliver Solberg dalam kempen musim 2025 ini setelah menyaksikan pelbagai drama dan berganti pendahulu di Paraguay serta kebangkitan beliau untuk berusaha meraih kemenangan WRC2 musim ini.

Ketika saingan bermula hari Jumaat, Oliver Solberg berjaya mencuri perhatian dengan mendahului enam daripada lapan peringkat perlumbaan tanpa masalah bersama jentera Toyota GR Yaris Rally2. Sungguh pun demikian beliau sempat ketinggalan sehingga ke tempat 10 setelah menukar tayar ketika SS3 dan kehilangan satu minit hingga peluang kejuaraan di Paraguay tampak samar.

Hero tempatan Diego Domínguez Jr sempat mencuri tumpuan apabila berjaya mendahului seketika dari SS2 hingga ke SS4 sebelum berpusing di SS5 dan menyebabkan kehilangan masa. Peluang tersebut membolehkan pemandu Perancis yang memandu Citroen C3 Rally2, Yohan Rossel untuk muncul sebagai pendahulu dengan kelebihan 9.1 saat ke atas Nikolay Gryazin pada penghujung perlawanan pembukaan.

Saingan hari Sabtu menyaksikan Oliver Solberg bangkit untuk memenangi kesemua tujuh peringkat perlumbaan bangkit daripada tempat keenam untuk mengejar pendahulu Robert Virves yang mendahului apabila Nikolay Gryazin turut berhenti untuk menukar tayar – dengan hanya 6.5 saat menuju ke perlawanan akhir Ahad.

Ketika saingan hari terakhir dengan cuaca yang mula hujan, Oliver Solberg meneruskan misi apabila berjaya mengambil kesempatan di atas kesilapan Robert Virves dengan berjaya memenangi dua lagi peringkat perlumbaan dengan kelebihan 22.5 saat di hadapan Yohan Rossel di tempat kedua dengan Nikolay Gryazin di podium terakhir.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Oliver Solberg – 110 mata
  2. Yohan Rossel – 99 mata
  3. Roope Korhonen – 69 mata

Kredit Foto : WRC

BACA : SAINGAN WRC2 SEMAKIN HANGAT DAN SENGIT MENUJU KE PERLUMBAAN DI PARAGUAY

BACA : WRC2 2025 – HERO TUAN RUMAH ROBERT VIRVES MENANG DI RALLY ESTONIA

Google ads

B K

Back to top button