Buletin

BAOJUN RS-S – CROSSOVER KACAK DARI CHINA, BERMULA RM70,200

Buat sekian kalinya, pasaran China akan menerima sebuah crossover baharu pada hujung bulan ini.

Dikenali sebagai Baojun RS-5, jentera yang memiliki reka bentuk menarik itu bakal ditawarkan pada harga 116,000 yuan (RM70,200) hingga 146.000 yuan (RM88,400) seunit.

Baojun ialah satu jenama di bawah Wuling yang merupakan hasil kerjasama di antara SAIC, General Motors dan Wuling Motor. Baijun bermula sebagai satu jenama bajet yang menggunakan kenderaan lama daripada GM dan Wuling Motors.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Boujun telah bertukar menjadi jenama yang disasarkan kepada pembeli muda. Justeru, kenderaannya tampil dengan reka bentuk unik dan dilengkapi pelbagai teknologi canggih.

Ini ialah crossover keempat Baojun yang diposisikan di antara model subkompak Baojun 510 dan Baojun 530. Di samping memperkenalkan strategi nama yang baru untuk produk-produk Baojun.  

Logo kepala kuda itu juga telah dinaik taraf agar kelihatan lebih digital berbanding logo lama. Boujun sebenarnya bermaksud ‘khazanah kuda’, sebab itulah logonya begitu.

Buat masa sekarang, Baojun RS-5 ialah varian paling tinggi dan pastinya beberapa varian lebih rendah bakal diperkenalkan nanti.

Baojun RS-5 menggunakan khidmat enjin 1.5 turbo berkuasa 150hp dan tork maksimum 250Nm. Dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan, rangkaian kuasa itu menawarkan penjimatan mencecah 12.5km bagi setiap liter minyak.

Enjin tersebut disimpan kemas di bawah penutup dengan perkataan turbo dan lencana Wuling. Pada bahagian belakang, ekzosnya cuma ada satu paip, selebihnya propa sahaja.

Di ruang kabin, pemandu dihidangkan dengan panel instrument digital bersaiz 12.3 inci dan skrin sentuh bersaiz 10 inci. Panel instrumen itu boleh dikonfigurasi sepenuhnya dan grafiknya juga nampak cantik.

Ruang itu kelihatan mewah dengan penggunaan warna dua tona beige, kelabu dan coklat. Selain corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, Baujun juga dilengkapi ciri butang penghidup enjin sebagai ciri standard.

Jenama ini belum lagi memasuki pasaran Malaysia. Tetapi di Indonesia, Wuling sudahpun memperkenalkan beberapa model seperti Confero S dan Cortez di sana.

kredit foto: FB CarNewsChina.com

GALERI

Google ads
Back to top button