BuletinMotosikal

HLYM PERKENAL YAMAHA MT-07 BAHARU

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja memperkenalkan edisi terbaru motosikal naked  MT-07, bertemakan ‘Dark Attraction’ yang akan mula dipasarkan pada Oktober 2018.

The ‘Dark Attraction’ yang rapi dibina dengan lengkung tajam, lampu belakang berbentuk padat dan sudut pengambilan  udara baru yang lebih besar untuk menyerlahkan ciri-ciri keluarga MT. Secara keseluruhannya, fungsi-fungsinya yang baru juga telah mengalami peningkatan yang luar biasa.

Motosikal ini dipertingkatkan sudut pengendaliannya dengan tetapan talaan pada fork baru dan juga sistem gantungan belakang yang kini didatangkan dengan fungsi bolehlaras.

BACA: TUNGGANG UJI, KAWASAKI ER6N

Ia juga diengkapi dengan Sistem brek Anti-Kunci (ABS) untuk kedua-dua roda depan dan belakang.

Selain itu, rekaan pelananya telah dibuat semula yang direka secara ergonomik untuk pengalaman menunggang yang selesa.

MT-07 dikuasakan oleh enjin dua selinder 689 cc, sebaris. Ia datang dalam satu warna sahaja iaitu, Race Blue yang akan diperkenalkan pada Oktober 2018.

Harga jualan bermula dari RM38,288 (termasuk cukai jualan, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.yamaha-motor.com.my

Google ads
Back to top button