Motosikal

YAMAHA MT09 2017: SLIPPER CLUTCH, QUICKSHIFTER DAN SUSPENSI BARU

Tak mahu ketinggalan memperkenalkan model baru, Yamaha Motor menampilkan model MT-09 dengan beberapa penambahbaikan yang siginifikan pada Pameran Motor Intermot yang sedang berlangsung di Cologne, Jerman.

Sejak dilancarkan pada 2013, MT-09 yang merupakan pesaing Triumph Street Triple telah menjadi antara motosikal paling laris Yamaha di benua Eropah. Saya telah memandu uji model ini dan mengakui bahawa ianya naked standard baru dalam industri. Sesuai untuk mereka yang mengutamakan tork enjin.

MT09 2017 Intermot (4)

Namun kelemahan MT-09 yang dapat dikesan ialah sistem suspensinya terlalu lembut untuk mengawal kuasa enjin. Jika mod pemanduan tinggi dipilih, sukar untuk menjinakkan naked ini terutamanya bahagian suspensi hadapannya yang liar.

Yamaha mengambilkira input dari penunggang dan model 2017 akhirnya menerima peningkatan penuh sistem suspensi depan dengan fork rekaan baru. Fork bersaiz 41mm dengan kompresi baru pada bahagian kiri sementara pelarasan dibuat pada tiub sebelah kanan.

MT09 2017 Intermot (8)

Yamaha mendakwa mengasingkan kompresi dan rebound pada tiub berbeza meningkatkan aliran bendalir suspensi dan memudahkan penalaan serta prestasinya lebih konsisten. Suspensi belakang bagaimanapun masih dikekalkan tanpa perubahan (tak upgrade ke?)

Enjin 3 selinder sebaris kini menepati piawai Euro 4. Ia dipasangkan dengan slipper clutch untuk memastikan jentera stabil ketika brek mengejut dan mengurangkan beban bila turun ke gear rendah. Menarik lagi, MT-09 2017 ini bakal mendapat set quickshifter (yahooo!!!) yang dipinjam daripada YZF-R1.

MT09 2017 Intermot (3)

Bukan sahaja dari sudut teknikal, bahagian kosmetik juga berubah dengan rupa yang dipindahkan dari MT-10. Tak lagi pakai lampu halogen tapi kini datang dengan rekaan sepasang “mata” LED Transfoormers. Kedudukan lampu membelok di alih ke sisi radiator dan kedudukan instrumen meter ditolak sesikit ke depan.

Lampu belakang model 2017 ini juga jenis LED yang dipasangkan pada sub-frame ekor belakang yang nampak. Err… pendek? Ye. Ekor MT-09 ini kurang 1..2 inci berbanding model semasa. Pelana asal juga diubah dengan lebih rata dan lebih tinggi 0.2 inci.

Kalau anda perasan, tiada pemegang nombor pendaftaran mud guard yang kini menggunakan fender yang dipasangkan pada lengan ayun.

Antara perubahan kosmetik yang boleh dilihat ialah skup udara lebih besar, “sisik” radiator yang direka semula, jeriji pada bahagian cowling ekor dan peredam bunyi lebih rata.

 

 

MT09 2017 Intermot (6)MT09 2017 Intermot (5) MT09 2017 Intermot (4) MT09 2017 Intermot (3)

MT09 2017 Intermot (2) MT09 2017 Intermot (8) MT09 2017 Intermot (9) MT09 2017 Intermot (1)

 

 

 

Google ads
Back to top button