
YAMAHA UMUM HARGA MT-03 DI PASARAN EROPAH
Yamaha baru-baru ini mengumumkan harga untuk model hiper naked mereka, MT-03.
Di Jerman, jentera itu ditawarkan pada harga €4,995 (RM22,800) seunit, kira-kira €500 (RM2,280) lebih murah berbanding model Yamaha YZF-R3.
Sedia maklum bahawa MT-03 ialah versi naked R3. Jadi, perbezaan di antara kedua-duanya tidaklah terlalu ketara.
MT-03 menggunakan kerangka berlian, enjin, roda dan brek yang sama seperti R3. Model naked ini digerakkan oleh enjin parallel twin bersesaran 320cc yang mampu menghasilkan kuasa 42hp @ 10,750rpm dan tork 9.6Nm @ 9,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Berbeza dengan R3, semua fairing digantikan dengan pelindung sisi yang diinspirasikan daripada MT-07.
Bagi sebuah motosikal bersesaran kecil, penampilan MT-03 memang agresif. Rekaan begitu dilihat sebagai penarik utama pembeli muda untuk memilikinya.