BuletinMotosikal

YAMAHA NVX EDISI TERHAD GP MOVISTAR. RM10,606

Hong Leong Yamaha hari ini mengumumkan pelancaran model edisi khas Yamaha NVX 155VVA

Sepertimana keluaran edisi GP-Movistar sebelum ini, model ini dijual harga lebih tinggi berbanding versi biasa.

Harga jualannya ialah RM10,606. Model biasa bukan Movistar ialah RM9,906. Harga tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA NVX

Pembeli model ini akan mendapat jaket edisi terhad Movistar secara percuma dan juga sijil Pemilikan khas model tersebut.

Ia akan mula berada di pasaran pada 21 September nanti.

Berikut ialah ciri-ciri NVX

1) Didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED.
2) Brek depan besar dilengkapi dengan system ABS.
3) Fork depan lebih besar bersaiz 26mm untuk tunggangan lebih mantap.
4) Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
5) Ruang simpanan mini bersama soket elektrik untuk mengecas telefon.
6) Dilengkapi skrin LCD 5.8 inci.
7) Sistem kunci pintar (keyless) dengan immobilizer
8) Didatangkan dengan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
9) Pemegang belakang bersepadu menjadikan reka bentuk lebih moden dan dinamik.
10) Tayar tubeless bersaiz 110/80-14 di depan dan 140/70-14 di belakang.
11) Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan cirri keselamatan.

GALERI

Google ads
Back to top button