
KISAH SEORANG PELUMBA MOTOSIKAL YANG MENYELAMATKAN 1200 NYAWA
Kadang-kadang terdapat beberapa peristiwa-peristiwa menarik dalam sejarah yang sukar dipercayai. Cerita tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan manusia telah biasa kita dengar apatah lagi suatu ketika dahulu semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, Hooucaust Nazi dan macam-macam lagi.
Dalam kejahatan dan kedasyatan perang itu sendiri kadang-kadang terdapat juga insan-insan yang menunjukkan peri kemanusiaan walaupun dari pihak Nazi sendiri yang terkenal dengan keganasan mereka. Kami bukan menyokong mana-mana pihak tetapi sekadar ingin berkongsi nilai kemanusiaan yang seharusnya dihargai tidak kira kita semua di pihak mana, parti apa, berpangkat atau tidak dan sebagainya. Yang penting jangan bergaduh sesama manusia okey.
Watak utama kita ialah Oskar Schindler yang telah menyelamatkan ribuan nyawa sewaktu Holocaust Nazi. Mungkin ada yang teringat nama mamat ni kerana Steven Spielberg pernah membikin filem bertajuk Schindlers’s List sekitar tahun 90-an dulu. Tak silap kami filem tersebut diharamkan di Malaysia kerana ia dikatakan pro-Yahudi. Dan memang kebanyakan tahanan perang yang diselamatkan beliau ialah orang Yahudi tapi macam kami katakan tadi cerita ini berkisarkan tentang prinsip kemanusiaan dan bukannya menghentam mana-mana pihak.
Satu perkara menarik tentang Oskar ialah ramai yang tidak tahu dia juga seorang pelumba motosikal pada satu ketika dahulu.
Macam mana cara beliau menyelamatkan nyawa tahanan perang ini yang semestinya akan dihantar oleh Gestapo ke kem tahanan untuk ditamatkan nyawa mereka? Oskar mengambil mereka bekerja di perusahaan milik beliau. Beliau memiliki kilang membuat peluru dan perkakasan dapur daripada enamel yang terkenal di Poland. Kelebihan beliau sebagai pegawai atasan Nazi dan perisik membolehkan beliau memasarkan produk yang dihasilkan untuk kegunaan tentera Jerman ketika itu. Jadi disamping membuat keuntungan, Oskar juga mengekalkan 1200 orang pekerja untuk menyelamatkan mereka dari Gestapo.
Perbuatan beliau telah menyelamatkan beribu nyawa dan ramai menggelarnya sebagai wira perang walaupun beliau seorang anggota tentera Nazi. Sebelum terlibat dengan peperangan, beliau sebenarnya seorang pelumba motosikal. Penulis sejarah motosikal, Dr. Erwin Tragatsch, kawan baik Oskar sendiri menulis sebuah artikel tentang minat Iskar terhadap dunia motosikal. Ia juga merupakan satu-satunya hobi beliau.
Pada usia 17 tahun, Oskar membeli motosikal pertamanya, sebuah motosikal Galloni 500cc dengan selinder tunggal. Kekurangannya cuma satu iaitu ia tidak cukup laju dan Tragatsch sendiri menyifatkannya sebagai “Ciptaan yang sia-sia untuk memenangi sebarang perlumbaan”. Maut punya kutukan dia bagi.
BACA: YAMAHA R15 SUDAH SAMPAI DAN HARGA DI KEDAI MOTOR IALAH …
Pada tahun 1928, Oskar telah menukar motosikal Galloni tersebut dengan motosikal baru, Moto Guzzi SS 250cc. Ketiadaan pengalaman bukan penghalang beliau untuk menyertai perlumbaan ketika itu.
Dalam perlumbaan pertama di Brno-Sobsice beliau telah mendapat tempat ketiga. Selepas itu beliau berlumba dengan pelumba dari sekitar Eropah dan perlumbaan di Praded Circuit dengan kedudukan kelima. Kombinasi skil dan juga nasib baik banyak membantu beliau bila dua pelumba di hadapan beliau hilang kelayakan sekali gus menaikkan beliau ke tempat ketiga. Oskar bagaimanapun tidak berlumba lagi selepas itu kerana kekurangan dana yang diperlukan untuk menampung kos perlumbaan.
Kini beliau akan sentiasa diingati sebagai seorang hero perang dunia. Hakikat bahawa beliau seorang pelumba motosikal menjadikan beliau seorang hero yang sangat ‘cool’. Bayangkan Steve McQueen jika beliau seorang pelakon biasa tanpa sisi lain sebagai seorang pelumba, mana best kan?
Kredit Rideapart.com