Motosikal

NAK JUAL YAMAHA RX-Z RM20,000. BERHAJAT BINA SURAU DI GOPENG

Seorang pemilik motosikal Yamaha RX-Z Millenium ingin melepaskan jentera kesayangan pada harga RM20,000.

Melalui hantaran di laman facebook milik Bat Jacko, dia ingin menjual motosikal tahun 2001 dengan hajat ingin membina sebuah surau di Gopeng, Perak.

“Motosikal tahun 2001 dengan plat tiga angka.

“Sambil membeli niat untuk berinfaq saham akhirat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mstar melaporkan, pemilik motosikal berkenaan Izrul Nizam, 39 berkata dia membeli motosikal berkenaan pada tahun lalu dengan harga RM15,500.

“Saya sudah membaiki semula motosikal berkenaan diganti komponen baharu. Kalau ikutkan hati memang saying malah tidak pernah ride jauh lagi dengan motosikal ini.

“Saya bukanlah baru main motor. Saya dah pakai RXZ sejak tahun 90-an lagi. Tapi Nabi Muhammad SAW pun ada cakap, kalau nak menderma atau infaq, bagilah benda yang paling kita sayang.

“Inilah ujian untuk saya. Sanggup ke tidak berkorban untuk agama? Sanggup tak lepaskan benda yang paling sayang? Sedih tapi saya rela lepaskan,” ujarnya.

Izrul menambah surau berkenaan bakal dibina di sebuah pusat rekreasi milik penjelajah negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang terletak di Sungai Itik, Gopeng, Perak.

Dia memberitahu telah menyuarakan hasrat itu kepada Qobin selepas berkunjung sendiri ke pusat rekreasi tersebut baru-baru ini.

“Saya dijemput ke tempat itu baru-baru ini. Luas tempatnya. Ada chalet, ada tempat berkemah, betul-betul di tepi sungai.

“Saya tertarik dengan tempat itu. Saya kata pada sahabat saya, apa kata kita buat surau?

“Dengan adanya surau, boleh buat program keagamaan dan jemput penceramah. Nak buat apa-apa program pun mudah,” jelasnya.

Izrul berkata untuk memulakan projek ini, biar dia menjual motosikal RX-Z.

“Saya nak jual pada harga RM20,000 dan keseluruhan wang tersebut akan disalurkan untuk pembinaan surau berkenaan

“Saya memang niat nak cari RM20,000 untuk pembinaan surau itu,” ujarnya. – mstar/FB Bat Jacko

Google ads
Back to top button