Buletin

YAMAHA RXZ CATALYZER DIJUAL PADA HARGA RM63K. BUYER KENAL ITEM!

Sekali lagi kita dihidangkan dengan cerita Yamaha RXZ Catalyzer dijual pada harga tidak masuk akal. Kali ini, motosikal itu dijual pada harga lebih RM60,000.

Yamaha RXZ Catalyzer tahun 2006 berwarna merah itu dijual menerusi akaun Facebook Are’ress Tricolore Sparepart pada harga RM63,000.

Lebih menarik lagi, si pembeli membuat pembayaran secara tunai untuk membawa pulang Yamaha RXZ Catalyzer yang turut dipasang dengan rim  GTO orimoto. Namun, nilai rim itu tidak didedahkan.

Seperti biasa, cerita-cerita begini akan mendapat perhatian warganet dengan hampir semua komen di ruangan hantaran tersebut meninggalkan komen padu,

Pastinya, pemilik baharu Yamaha RXZ Catalyzer tak tidur malam, gembira, hanya menatap motosikal bernilai RM63,000.

Beberapa bulan lepas, tular mengenai motosikal Yamaha RXZ 2009 dijual pada harga RM180,000. Nampak gayanya, motosikal Yamaha RXZ sememangnya untuk golongan berkemampuan. Untuk yang tidak berkemampuan dengan permainan ‘Hobi kami mahal’, mungkin perlu menunggu ‘Pandai kecek, bui sajo’ menjadi trend baharu.

Dengan berita bulan lepas bahawa Yamaha Motor Corporation tidak akan mengeluarkan semula Yamaha RX-Z setelah 10 tahun meninggalkan pasaran tempatan, boleh jadi harga permintaan Yamaha RXZ akan terus melambung tinggi.

Kenyataan itu dibuat selepas terlalu banyak berita mendakwa Yamaha Motor Corporation akan mengeluarkan semula Yamaha RXZ.

Google ads
Back to top button