Artikel PilihanMotosikal

YAMAHA Y15ZR DENGAN ENJIN DOHC HAMPIR SIAP

Umum mengetahui bahawa enjin kapcai Yamaha Y15ZR dibina dengan konfigurasi satu aci sesondol SOHC. Berbeza dengan pencabarnya Honda RS150R dengan dua camshaft (DOHC), enjin Y15ZR sebenarnya agak “kuno” dari segi teknologi dan masih lagi dengan kotak gear lima kelajuan.

Sehingga model-model seperti R15-V3 muncul dengan slipper clutch dan gear enam kelajuan, Y15ZR nampaknya tidak mendapat sebarang peningkatan teknikal dalam masa terdekat.

Namun kerana popularitinya, komponen aftermarket banyak terdapat di pasaran. Dari puluhan jenis ECU, stroker kit, camshaft pelbagai durasi, kepala selinder (cylinder head) perlumbaan dan set gear dengan klac kering dan macam-macam lagi lah.

Dan

Ini pula kejuruteraan terbaru di mana pihak Probillet Engineering telah membangunkan kepala selinder dengan sepasang camshaft (DOHC).

Kami memerhatikan pembangunan komponen ini dari awal dan pada tahap cetakan 3D sudah siap, misi menguji komponen ini dengan enjin sebenar juga sudah sampai ke fasa terakhir.

Berikut ialah kemaskini daripada pihak PBE.

……………………………………………………………………………

Alhamdulillah… akhirnya Team kami PBE – Probillet Engineering telah berjaya menyiapkan sepenuhnya 3D Drawing untuk reka bentuk Head PBE #Y15ZR DOHC.

Anda tidak perlu bimbang, Head PBE Y15ZR DOHC ini telah direka bentuk supaya boleh digunakan hampir kesemua components dari Head Honda #CBR150 .

Head PBE DOHC boleh menggunakan Performance High Camshaft dari Honda CBR150 yang ada dipasaran semasa Thailand.

Team kami akan membuat Head 3D Prototype dari material plastik untuk melakukan proses pemeriksaan Test Flow dan Pemasangan di Motor Y15ZR.

Team Kami akan bekerjasama bersama A.C.H untuk melakukan test flow dan memastikan keputusan CFM pada tahap prestasi yang terbaik sebelum kami menghasilkan Head PBE DOHC yang Asli.

Kami yakin dengan usaha sama Team A.C.H bersama Esan Hamzah dengan Kepakaran yang mereka ada boleh banyak membantu Head PBE DOHC menghasilkan CFM lebih Cemerlang dan memberi Ketahanan (Durability) sekali gus berprestasi menghasilkan Kuasa DOHC sebenar!

Kami juga akan melakukan proses pemasangan Head Prototype kami di Motor Y15ZR untuk memastikan kesemua pemasangan seperti Head Mounting, Timing-Chain, Cam Pulleys, Valves, Valve Springs, Oiling System, Water Jackets dan lain2 bekerja dengan baik dan sempurna.

Nantikan Update kami yang akan datang!🔥🔥🔥

…………………………………………………………………………..

Alhamdulillah Segala Puji2an Hanya Untuk Tuhan Semesta Alam…

Aku tanye Apa Khabar Bossku…?!?!

Head PBE DOHC #Y15ZR semakin hampir ke destinasi menuju kemuncak Kejayaan! Insya’Allah… Tiada yang mustahil.

Seperti kami katakan, Head PBE Prototype akhirnya telah siap sepenuhnya. Block Y15ZR bore 65mm dari Uma Racing berjaya disarungkan bersama Head Prototype PBE DOHC dengan sempurna.

Anda boleh lihat, Head Gasket Y15ZR dari Ashuka 65mm dilampirkan di Head PBE Prototype, dan kesemua Water Jackets di Head PBE DOHC terletak ditempat yang betul.

Destinasi pelayaran seterusnya, Head PBE DOHC akan belayar ke Empayar Team A.C.H Racing.

Terima kasih kepada semua Hulubalang A.C.H Racing kerana bersedia bekerjasama dengan Team kami PBE – Probillet Engineering bagi menghasilkan Kuasa Head DOHC disamping 2 Racing High-Cams yang akan menjana Kuasa sebenar Twin Cams!

Nantikan update kami yg akan datang!🏁🏁🏁🏁

Alfateh PBE📲+60173352645
Whatsapp👉🏻 wasap.my/60173352645

KREDIT: PBE ENGINEERING

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button