Motosikal

YSUKU 2022 TAMPIL DENGAN 4 WARNA DAN GRAFIK BAHARU. HARGA SAMA, RM8,498 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR dengan empat pilihan warna dan grafik ekslusif ke pasaran tempatan.

Justeru, pelanggan kini boleh memilih di antara warna hijau, cyan, kelabu dan biru yang menarik. Kali terakhir kapcai itu menerima warna dan grafik baharu adalah pada November 2020. 

Biarpun begitu, harga Y15ZR tidak berubah iaitu RM8,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran, insurans dan markup oleh tauke kedai). Kalau berminat, jentera itu sudahpun berada di pengedar sah Yamaha di seluruh negara. 

Y15ZR menggunakan khidmat enjin satu silinder SOHC dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api bersesaran 150cc. Dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan, enjin itu mampu menjana kuasa 15.4PS pada 8,500 rpm dan tork 13.8Nm  pada 7,000 rpm.

Menggunakan jenis kerangka backbone, ia dipasang dengan sistem suspensi teleskopik di hadapan dan lengan ayun di belakang. Kedua-dua rodanya dilengkapi brek cakera hidraulik. Manakala kapasiti tangki pula ialah 4.2 liter. 

GALERI

Google ads
Back to top button