Buletin

UJIAN McLAREN SPEEDTAIL XP2 CECAH 403KM/J!

Kereta eksotik era sekarang sudah memasuki segmen kelajuan 400 km/j. Ia bukan lagi mengenai kereta super tetapi kereta hiper. Kelajuan tinggi itu dicapai melalui kemajuan teknologi elektrifikasi.

McLaren akan menyerahkan model hiper Speedtail pada Februari 2020 dan baru-baru ini telah mengadakan ujian kelajuan tinggi di Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat.

Berapakah kelajuan yang berjaya diuji? 403 km/j dan dipandu oleh Ketua Pemandu Ujian McLaren, Kenny Brack.

Ini adalah unit awal daripada 106 Speedtail yang bakal dipasang dengan tangan di kilang McLaren di Woking, United Kingdom.

Unit prototaip Speedtail XP2 itu berjaya diuji dengan kelajuan maksimum lebih daripada 30 kali di landasan kapal angkasa Johnny Bohmer Proving Grounds.

Sebelum ini beberapa ujian kelajuan tinggi telah dilakukan di pelbagai lokasi serata dunia seperti Idiada di Sepanyol dan Papenburg di Jerman.

Speedtail digerakkan oleh nadi kuasa hibrid petrol dan elektrik dan merupakan model jalanan McLaren dengan kuasa dan daya kilas paling tinggi pernah dibina.

Output kuasa ialah 1055 bhp dengan tork 1,150 Nm. Speedtail boleh dipecut dari 0 hingga 300 km/j dibawa 13 saat dengan kelajuan maksimum 403 km/j. 

Pek bateri 5.2kW/kg yang dibangunkan McLaren untuk Speedtail mempunyai nisbah kuasa kepada berat terbaik dalam sistem bateri automotif voltan tinggi.

Mazda CX30

Bateri Speedtail berada dalam pengecasan sendiri apabila kereta dipandu dan tiada fungsi plug-in seperti kereta lain.

McLaren menggantikannya dengan pad pengecasan tanpa wayar bagi mengekalkan status bateri (trickle charge) apabila kereta tidak digunakan dan kelengkapan standard untuk setiap pembelian.

Kereta yang berada dalam McLaren Ultimate Series ini mempunyai konfigurasi tiga tempat duduk unik.

Ukuran Speedtail ialah hampir 5.2 meter dengan badan diperbuat daripada gentian karbon. 

Speedtail adalah sebuah kereta Hyper GT dengan kecekapan seretan (drag efficient) paling aerodinamik oleh McLaren dan lambang kepakarannya dalam kejuruteraan ringan.

Kehebatan McLaren Speedtail akan lebih terserlah apabila ia ditampilkan dan digunakan oleh pembelinya nanti.

Tags
Google ads
Back to top button