Artikel Pilihan

ZF 880RE, TRANSMISI 8 KELAJUAN BARU DENGAN TEKNOLOGI HIBRID

ZF Friedrichshafen AG atau ZF Group merupakan singkatan kepada Zahnradfabrik Friedrichshafen merupakan antara syarikat pembekal komponen automotif terbesar di dunia bakal melancarkan satu lagi transmisi 8 kelajuan baru bagi kegunaan syarikat Chrysler

Transmisi 8 kelajuan ZF 8 Seed generasi ke 4 ini akan dikenali dengan kod 880RE. 8 menunjukkan bilangan ratio gear, 8 menunjukkan kemampuan mengendalikan sehingga 800nm tork, R menunjukkan pacuan belakang (boleh juga dipadankan dengan 4×4 dan AWD) dan E menunjukkan ia memiliki komponen elektrik dan sistem elektronik

Berdasarkan maklumat awal, transmisi ini dibangunkan khas untuk kegunaan Chrysler dengan bantuan Mopar bagi kegunaan semua kenderaan Chrysler yang memiliki 8 kelajuan automatik. Antara model yang bakal menerima transmisi ini termasuklah Dodge Charger dan Chrysler 300.

Menurut ZF, transmisi 8 kelajuan generasi ke empat ini mampu digunakan untuk aplikasi enjin yang lebih berkuasa dan juga digabungkan dengan sistem motor elektrik 160kWh serta dipadankan dengan sistem PHEV sehingga 350 volt, 34kWh motor PHEV atau 52 volt sistem mild hibrid.

Penekanan telah diberikan bagi meningkatkan kecekapan sistem mekanikal, integrasi sistem elektronik dan juga penambahbaikan kepada torque converter. Buat masa ini transmisi 8 kelajuan ZF mampu mengawal kuasa enjin sehingga 1000Nm tork.

Menurut ZF lagi, transmisi ini akan memberikan kelebihan dari segi kecekapan penggunaan bahan api serta pengenalan sistem hibrid yang mampu memberikan kelebihan dari segi kuasa serta mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Google ads
Back to top button